Persaraan merupakan status seseorang pekerja yang telah berhenti dari kerjanya, kini dipanggil pesara. Ia biasanya berlaku disebabkan mencapai had umur. Oleh itu, sebelum masuk fasa persaraan, anda mestilah mempunyai plan masa hadapan seperti tips bersara di bawah supaya dapat mencapai kehidupan yang selesa setelah berhenti kerja.
Tips bersara ini telah dikongsikan oleh saudara Mohd Ezairol Rezan Zainol yang merangkumi info berguna untuk manfaat orang ramai. Malah, terdapat juga rajah pengiraan wang gaji mengikut peratusan untuk anda rujuk. Jom baca!
Baca juga: Tips ‘Saving’ RM750 Sebulan Dari Gaji RM2,500, Guna Formula Kompas Kewangan 30:60:5:5
TIPS BERSARA
10 TIPS UNTUK BERSARA DENGAN SELESA
1. Cari kawan berilmu
Pilih kawan yang berilmu!!! Cari kawan yang selalu berkongsi tentang idea dan cara menguruskan kewangan dengan baik dan betul.
2. Ikuti mentor yang berkongsi ilmu pengurusan kewangan
Cari mentor atau follow mereka yang selalu berkongsi ilmu pengurusan kewangan di media sosial. Dapatkan tips dan nasihat-nasihat kewangan percuma dari influencer yang suka sharing tentang kewangan ini.
3. Membaca sebagai tabiat
Jadikan habit rajin membaca. Baca ilmu kewangan, pelaburan emas, saham dan hartanah. Ilmu-ilmu ini tidak diajar di sekolah, kolej atau universiti.
Sekarang ini dah senang, semuanya dihujung jari kita sahaja. Anda boleh google, beli ebook atau follow sifu-sifu kewangan di FB dan Tik-Tok sahaja.
4. Belajar disiplin diri untuk menyimpan
Belajar displinkan diri untuk bina tabiat menyimpan. Tetapkan target saving tahunan dan target saving untuk jangka masa tempoh 5 dan 10 tahun.
5. Hidup berjimat-cermat
Belajar hidup berjimat-cermat ikat nafsu pada usia muda. Jangan terikut-ikut dengan benda-benda yang trending dan branded. Itu semua hype sekejap saja.
Baca juga: Taktik Mudah Menabung Bagi Orang Boros, Boleh Dapat Sampai RM5k!
6. Jangan terlalu cepat self-reward
Jangan terlalu cepat nak self reward!!! Delay your gratification. Ramai orang yang berjaya, mereka mengamalkan konsep ini. Aku adalah salah seorang darinya.
7. Elak jadi penjamin atau beri pinjam wang
Akhir sekali, jangan sesekali biasakan diri bagi orang berhutang! Dan jangan murah hati beri nama untuk jadi penjamin kepada peminjam walaupun keluarga sendiri. Ramai yang hidup tertekan dan merana kerana terpaksa bayarkan hutang kawan dan saudara sendiri.
8. Perlu ada perlindungan insurans
Kita jangan hanya fokus pada simpanan saja. Kena ada juga Takaful sebagai back up.
Bukan apa, kalau berlaku apa-apa sakit atau musibah tak adalah terus jatuh terduduk. Ingat tau, Takaful ini boleh jadi jalan pintas untuk selesaikan masalah kewangan juga.
9. Belajar kemahiran baru
Belajar pelbagai skill baru dalam kehidupan. Jika ada bakat menulis, melukis, menjahit atau pandai masak, fokus pada kemahiran ini untuk anda cari duit tambahan.
10. Lakukan part time
Masa muda duit sentiasa tidak akan cukup. Maka rajin-rajin lah buat kerja part time. Sebelum umur 35, anda kena sanggup kerja keras. Henyak sampai lunyai orang kata. Manisnya nanti dihujung usia.
Semoga bermanfaat.
Baca juga: Rasa Diri Wanita Solehah, Tengok Ada Tak Ciri-Ciri Ini, Kalau Ada Alhamdulillah…
Sumber: Mohd Ezairol Rezan Zainol
FT Image: lifestylememory