Inspirasi

Jepun Cipta ‘Pocket Toilet,’ Boleh Lipat, Simpan & Guna Ketika Kecemasan

157
SHARES

Jepun memang terkenal dengan ciptaan-ciptaan teknologi dan produk yang memberikan manfaat kepada rakyat di negara matahari terbit itu. Dari sekelumit perkara sehingga sebesar perkara.

Jadi tidak hairanlah, jika pakar-pakar di negara tersebut mampu mencipta tandas kecil yang boleh disimpan dan dilipat di dalam beg serta dibawa ke mana-mana sahaja. Macam mana nak guna? Jom ikuti perkongsian di bawah.

Baca juga: Yatim Piatu & Kerja Sebagai Guard Pada Usia 14 Tahun, Pelajar Ini Terima Anugerah

JEPUN CIPTA ‘POCKET TOILET,’ BOLEH LIPAT, SIMPAN & GUNA KETIKA KECEMASAN

Ni pocketoilet. Bagus juga yang ni, toilet paling kecik di dunia. Founder dia dapat ilham masa tengok mangsa Taufan Hagibis 2019 yang terpaksa tunggu lama nak guna tandas – pocketoilet.com.

Pocketoilet? Konsep pocketoilet ni seakan sama seperti “echiketto bukuro” yang saya pernah kongsikan sebelum ni.

Gambar kiri: Ni size pocketoilet memang besar tapak tangan je – pocketoilet.com. Gambar kanan: Ni cara nak guna pocketoilet – Mainichi.

“Echiketto Bukuro” atau bermaksud ”Bag Etika” adalah beg plastik khas yang direka untuk digunakan bagi tujuan membuang air kecil / besar pada waktu kecemasan seperti terperangkap dalam kesesakan jalan raya, waktu berkhemah dalam hutan dan sebagainya.

Terpaksa censored sikit gambar haha. Orang besar, budak kecik, semua boleh guna. Kapasiti yang ni 600cc & cara guna Echiketto Bukuro.

Menariknya, echiketto bukuro ini direka khas supaya bau dari “bahan buangan” tersebut tidak tersebar keluar dari plastik echiketto bukuro tu untuk jangka masa tertentu, ada yang boleh tahan sehingga 1 minggu.

Saiznya yang kecil dan kompak pun menjadikan ianya mudah untuk dibawa ke mana-mana.

Saya tak pasti siapa yang cipta echiketto bukuro ni, tapi samada echiketto bukuro atau pocketoilet, dua-dua sangat membantu terutama masa kecemasan. Jadi tak rugi kalau ada kan?

Gambar: Unknown / Zunita Ramli.

Ni pula toilet emergency yang orang jepun ni cipta untuk kegunaan mangsa-mangsa kalau ada bencana alam ke apa. Diperbuat dari kadbod keras yang boleh tahan berat sampai 200kg.

Lubang tandas tu katanya terus ke open manhole. Jepun ni negara yang kerap berlaku bencana alam menjadikan rakyat dia proaktif cipta benda kann. 

#CatatanZunitaDiJepun

JEPUN CIPTA TANDAS DALAM POKET – KOSMO!

Pocketoilet hanya sebesar tapak tangan dan boleh disimpan di dalam poket seluar. – Kokenawa Inc. / Kosmo

Minggu lalu, portal Kosmo melaporkan sebuah syarikat Jepun, Kokenawa Inc., mencipta tandas paling kecil di dunia yang boleh dibawa ke mana-mana, malah boleh disimpan di dalam poket seluar seperti laporan laman Oddity Central.

Pengasas syarikat tersebut, Yoshinori Kokenawa, mendapat inspirasi pada 2019 ketika menjadi sukarelawan di bandar Nagano yang terjejas akibat Taufan Hagibis. Maka, terhasilnya idea untuk mencipta produk yang dinamakan Pocketoilet.

Kokenawa menyedari perkara utama yang dihadapi oleh orang ramai ketika itu adalah kesulitan sewaktu menggunakan tandas kerana perlu beratur panjang.

“Meskipun berjalan dengan pantas untuk sampai ke tandas, orang ramai terpaksa beratur sehingga 30 minit atau lebih lama untuk menggunakan tandas. Jadi, saya mahu lakukan sesuatu untuk mengatasi masalah ini,” katanya.

PANJANG 7CM & LEBAR 6.5CM, KECIL BETUL!

Pada Disember 2020, syarikat Kokenawa melancarkan Pocketoilet yang boleh dimuatkan di dalam poket seluar dengan saiz sepanjang 7 sentimeter (sm) dan lebar 6.5 sm.

Pocketoilet terdiri daripada beg yang diperbuat daripada gentian khas, tahan lama dan satu paket bahan pembeku dan boleh dipasang pada mangkuk tandas atau tong sampah untuk digunakan.

Beberapa ujian yang dijalankan oleh syarikat Kokenawa mendapati bahawa hampir tiada bau yang dihasilkan oleh beg tersebut apabila ia dibiarkan di dalam tempat tertutup selama seminggu dengan keadaan berisi najis.

“Ia juga boleh disimpan di dalam beg tangan wanita, jadi kami berharap pembeli boleh membawanya walau ke mana-mana sahaja,” ujar Kokenawa.

Sumber: Facebook Zunita Ramli / Kosmo

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×