Inspirasi

Digelar ‘Budak Kangkung’, Modal Hanya RM10 Tanam Lebih 30kg Kangkung Depan Rumah!

467
SHARES

Melentur buluh biarlah dari rebungnya, adalah peribahasa yang sesuai digambarkan untuk mendidik anak-anak daripada hijau muda lagi terutama dalam memupuk nilai-nilai murni dan sifat-sifat positif.

Begitulah buat si cilik yang digelar ‘Budak Kangkung’ ini, begitu setia bersemangat dan rajin untuk meneruskan hobinya menanam kangkung sejak setahun yang lalu dalam mengisi masa lapang yang ada.

Baca juga: [TERKINI] Rakyat Ada Kuasa Pilih Vaksin & Sebelum 1 Mac Perlu Ambil Dos Penggalak, Jika Tidak…

DIGELAR ‘BUDAK KANGKUNG’, MODAL HANYA RM10 TANAM LEBIH 30KG DEPAN RUMAH

Malah, si pemilik nama Muhammad Afiq Aryan Rosman, 7, turut berkongsikan hasil tanaman kangkungnya kepada jiran-jiran tetangga yang bermodalkan hanya RM10 itu.

Difahamkan pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Keledang itu memanfaatkan waktunya dengan membaja dan menyiram kangkung di laman hadapan rumah menyebabkan kangkung ditanam hidup dengan subur.

“Cuaca panas menyebabkan saya perlu menyiram tujuh kali sehari bagi memastikan kangkung ditanam mampu membuahkan hasil memuaskan.

“Sepanjang cuti kali ini, saya dan adik hanya duduk di rumah sahaja kerana bimbang penyakit Covid-19 masih belum berakhir dan masa yang ada banyak dihabiskan dengan berkebun.

” Untuk menghilangkan rasa bosan, lebih baik masa digunakan untuk berkebun dan hasilnya bukan sahaja boleh dimakan, malah dapat diagihkan kepada jiran,” katanya ketika ditemui oleh wartawan Harian Metro di Taman Slim Permata.

Kira-kira 30 kilogram (kg) kangkung ditanam di hadapan rumahnya dikutip lalu dibersihkan sebelum dia berjalan ke rumah jiran untuk mengagihkan semua hasil tanaman terbabit.

Terdahulu, bermodalkan RM10 dia telah membeli benih kangkung pada harga RM6 dan selebihnya digunakan untuk membeli baja. Kangkung menjadi pilihannya kerana tanaman itu mudah ditanam, dijaga dan hanya disiram mengikut masa.

VIDEO PENUH:

Sumber: Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×