Kini Trending

[TERKINI] Rakyat Ada Kuasa Pilih Vaksin & Sebelum 1 Mac Perlu Ambil Dos Penggalak, Jika Tidak…

65
SHARES

Jika sebelum ini dos penggalak jenis Pfizer-BioNTech (Pfizer) dan Astrazeneca (AZ) hanya yang diberikan, kini rakyat boleh memilih vaksin Sinovac juga.

“Saya dah buat keputusan hari ini (semalam) bahawa oleh kerana mereka tak nak juga terima Pfizer walaupun nasihat KKM (Kementerian Kesihatan) ini adalah perlindungan terbaik untuk dos penggalak, lebih baik mereka dapat apa pun dos penggalak daripada tak dapat apa langsung.

“Sekarang kita beri mereka pilihan, walaupun saya dah usahakan selama dua bulan pujuk mereka untuk dapatkan Pfizer atau AZ tetapi tidak mahu juga… tak apalah.

“Dengan gelombang varian Omicron ini, anda mahu ambil Sinovac walaupun keberkesanan kurang, ambil Sinovac,”

Demikian keputusan yang dibuat Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, pada Isnin kerana mahu semua individu dilindungi sepenuhnya menerusi dos penggalak.

Baca juga: [TERKINI] Ibadah Umrah Dibenarkan Semula Mulai 8 Februari Ini

[TERKINI] RAKYAT ADA KUASA PILIH VAKSIN & SEBELUM 1 MAC PERLU AMBIL DOS PENGGALAK

Memetik laporan Harian Metro, Khairi berkata, walaupun sebelum ini vaksin dos penggalak yang diutamakan hanyalah Pfizer dan Astrazeneca tetapi Sinovac masih disediakan di PPV (Pusat Pemberian Vaksin) untuk mereka yang ada alahan dengan vaksin lain.

“Pada asalnya kita ikut keberkesanan apabila pakar dah maklum kepada saya dos penggalak Pfizer dan AZ lebih berkesan.

“Bagaimanapun kita sediakan Sinovac di PPV (Pusat Pemberian Vaksin) bagi mereka yang ada alahan, yang tidak boleh terima Pfizer sebab ada alahan, kita bagi Sinovac,” katanya dalam sidang media, semalam.

Beliau turut menekankan, bagi KKM, pihaknya, mengesyorkan Pfizer dan AZ sebagai dos penggalak kerana keberkesanan lebih tinggi berbanding Sinovac.

“Oleh kerana NPRA (Bahagian Regulatori Farmasi Negara) dah setuju dengan Sinovac, jadi kita tidak boleh menafikan, mereka boleh ambil Sinovac,” katanya.

Sementara itu, memetik laporan Berita Harian, beliau turut memaklumkan semua individu berumur 60 tahun ke atas atau penerima dos lengkap vaksin Sinovac berumur 18 tahun ke atas perlu mengambil suntikan dos penggalak sebelum 1 Mac ini bagi mengekalkan status lengkap sijil digital vaksin.

Tempoh vaksinasi lengkap hanya akan kekal sehingga bulan Februari sahaja jika tidak ambil dos penggalak.

“Hanya bulan Februari sahaja untuk mengekalkan fully vaccinated status kepada semua warga emas tak kira jenis vaksin pertama dan kedua, dan semua penerima dewasa Sinovac, mesti dapatkan dos penggalak.

“Sekiranya tidak sijil digital itu akan bertukar warna kepada putih, maksudnya status vaksinasi penuh tidak lagi diberikan dan sekatan akan dibuat di pintu masuk tertentu.” kata beliau.

VIDEO PENUH:

 

Sumber: Harian Metro, Berita Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×