Kini Trending

[TERKINI] Ibadah Umrah Dibenarkan Semula Mulai 8 Februari Ini

8
SHARES

Sedia maklum pada 8 Januari lalu, penangguhan perjalanan jemaah umrah ke tanah suci telah pun dikuatkuasakan berikutan peningkatan kes varian Omicron dalam kalangan jemaah umrah.

Namun semalam, kabinet telah memutuskan umat Islam di negara ini dibenarkan semula untuk mengerjakan ibadah umrah mulai 8 Februari ini, lapor Harian Metro.

Baca juga: [TERKINI] Tempoh Baharu Individu Berkuarantin 7 Hari Telah Bermula

[TERKINI] IBADAH UMRAH DIBENARKAN SEMULA MULAI 8 FEBRUARI INI

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac), Datuk Seri Nancy Shukri berkata, keputusan itu dibuat kerana kerajaan tidak berhasrat melanjutkan penangguhan sementara ibadah umrah yang telah dilaksanakan itu.

Bagaimanapun, beliau berkata, garis panduan prosedur operasi standard (SOP) baharu susulan penarikan semula penangguhan itu akan dibincangkan secara terperinci termasuk bersama agensi umrah, selepas ini.

“Baru tadi kami buat keputusan sepertimana dinyatakan dahulu yang penangguhan umrah hanya satu bulan sahaja jadi bermula 8 Februari ini bolehlah agensi pelancongan umrah meneruskan aktiviti umrah dan inilah yang sudah diputuskan hari ini (semalam) oleh kabinet.

“SOP baharu akan dibincang bersama agensi pelancongan umrah kerana kita mahu pastikan apabila balik (dari tanah suci) nanti mereka (jemaah) dapat pilih di mana mereka nak dikuarantinkan,” katanya kepada media selepas pelancaran Video Dream Malaysia melalui kerjasama Tourism Malaysia dan GoPro Malaysia di sini, semalam.

Menurutnya lagi, penerbangan pertama bagi jemaah umrah yang akan bermula 8 Februari ini masih belum diputuskan.

“Mungkin agensi pelancongan umrah sudah mengetahui sebab kami juga sudah mengadakan perjumpaan dengan mereka tidak sampai dua minggu lalu.

“Saya rasa mereka sudah membuat persediaan untuk aktiviti atau promosi mereka selanjutnya,” katanya.

Sumber: Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×