“Eh dah siram pun pokok tetap mati? Pelik!”
Situasi di atas pasti pernah berlaku kan? Walaupun dah siram, tanaman tetap mati. Apa sebabnya? Rupanya tanaman perlu disiram mengikut kesesuaian waktu supaya air dapat menyerap ke dalam tanah, akar dan daun.
Kalau salah waktu, memang tanaman boleh rosak dan tak subur. Jadi, hari ini kami kongsikan perkongsian Puan Syamimah mengenai waktu terbaik siram pokok supaya tanaman kekal subur dan merimbun. Jom baca!
Baca juga: Pokok Cili Kena Serangan Perosak? Guna Air Semburan Rebusan Bunga Cengkih, Menjadi!
WAKTU TERBAIK SIRAM POKOK, BARU TANAMAN TAK MATI
Selalu dengar orang kata, tanaman perlu disiram dua kali sehari. Tapi, bilakah waktu terbaik untuk menyiramnya?
Jam 6.00 hingga 8.00 pagi
Ini adalah waktu terbaik untuk menyiram tanamam. Pastikan siraman dibuat sehingga air keluar daripada bawah pasu.
Jam 11.00 hingga 3.00 petang
Elakkan menyiram tanaman pada waktu ini kerana matahari memuncak atau paling panas. Ini akan menyebabkan tanaman rosak.
Jam 5.00 hingga 6.00 petang
Pada waktu ini boleh menyiram pokok tetapi kuantiti air perlu minimum dan dihadkan. Cukup sekadar untuk melembapkan tanaman.
Jam 6.00 petang ke atas
Elakkan menyiram pokok pada waktu ini kerana ini masa yang sesuai untuk tanaman berehat. Tanaman yang disiram pada waktu malam boleh menyebabkan akar, batang dan daun rosak kerana air tidak diserap.
Penting untuk anda mengetahui waktu terbaik menyiram tanaman supaya air dapat diserap sepenuhnya. Semoga bermanfaat.
Sumber: Facebook Syamimah Binti Ismail