Asuh

9 Makanan Proses Yang Sedap Tapi Tak Selamat Untuk Anak Ekzema

123
SHARES
MAKANAN EKZEMA

Penyakit kulit ekzema sering berlaku terhadap bayi atau kanak-kanak. Penyakit ini akan menyebabkan mereka tidak selesa dengan keadaan kulit kerana terlalu gatal sehingga menyebabkan luka.

Bagi mengelakkan masalah kulit ini terus-terusan berlaku, ibu bapa patut menjaga pemakanan anak. Di bawah ini kami kongsikan 9 makanan ekzema kena elak terutamanya makanan berproses.

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Petua Turun Terumun Rawat Ekzema Guna Buah Pinang

9 MAKANAN EKZEMA KENA ELAK, TAK SESUAI DIMAKAN

Ekzema adalah penyakit lifestyle, maka soal pemakanan yang perlu dititikberatkan berbanding ubat. Ekzema tiada ubat.

MAKANAN EKZEMA

Makanan asli kurang yang kurang proses mengandungi nutrien sebenar yang tinggi dan sangat penting untuk kulit berhenti meradang.

Manakala makanan yang melalui pemprosesan besar besaran sehingga hilang rasa asli dan ditambah pelbagai bahan sintetik lain selalunya mengandungi rendah kadar fiber, vitamin dan mineral serta tinggi garam dan gula.

Jika ekzema anak anda sedang di luar kawalan, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah hentikan makanan proses, mula beri anak makan real foods.

Contoh makanan terproses adalah :

  • Sosej
  • Nuget
  • French fries
  • Bebola ikan
  • Kek ikan
  • Roti inti manis
  • Biskut manis (walaupun gluten free)
  • Kek
  • Gula-gula, lollypop
  • Keropok
  • Megi segera
  • Minuman tin, kotak, kordial
  • Ais krim
  • Cereals
  • Yogurt berperisa
  • Minuman kultur
  • Processed cheese
  • Mee kuning
  • Kicap
  • Sos
  • Mayonis
  • Minuman 3 in 1
  • Kiub pati ayam
  • Susu cair
  • Susu pekat manis
  • Fast foods

PEWARNA, PENGAWAT & PERIMA TAMBAHAN ‘MUSUH UTAMA’

MAKANAN EKZEMA

Masalah utama makanan berproses adalah akan menyebabkan radang ekzema sukar untuk sembuh. Pewarna makanan, pengawet makanan, dan perisa tambahan makanan yang tinggi bahan kimia terlarang untuk pastikan rasa makanan ini enak dan tahan lama di rak pasaraya.

Ia tinggi bahan kimia yang bahaya untuk usus. Boleh ganti dengan bihun made of brown rice, atau spaghetti berasaskan buckwheat untuk noodle sihat anak.

Fish cake nampak suci, bila goreng mee dan masak sayur enak sekali, namun jangan beri anak ekzema makan. Bebola ikan yang putih bersih ini tiada langsung isi ikan sebenar yang berkhasiat, yang ada hanya bahan perasa dan tepung. Sosej perlu dijauhi jika sakit kulit.

Kajian menunjukkan kesan pengambilan makanan berproses tanpa kawalan akan menyebabkan keradangan tubuh dan leaky gut. Leaky gut akan mencetuskan keradangan kulit.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Facebook Mizhana Padzi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×