Dapur

Resepi Muruku Ekspres Guna Mee Kuning, Cepat & Sedap!

1.6K
SHARES

Kalau anda nak cuba menu ekspres baharu untuk hidangan tetamu, ada satu idea menarik iaitu muruku. Bukan muruku biasa tetapi muruku ini menggunakan mee kuning seperti yang dikongsi oleh Ariff Budiman di laman Facebooknya.

Selain dijadikan kudapan petang untuk seisi keluarga, boleh juga dijadikan hidangan untuk hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi. Jadi, jom kita cuba resepi muruku express guna mee kuning di bawah.

Baca juga: Resepi Baby Pancake Viral Lembut Sampai Malam, Buat Sendiri Lebih Puas!

MURUKU EKSPRES GUNA MEE KUNING, CEPAT & SEDAP!

Dari membiarkan mee kuning rosak, saya buat muruku. Cara-cara mudah sahaja.

Bahan-bahan:

  • Mee kuning
  • Tepung bestari
  • Daun kari

Cara penyediaan:

1. Basuh mee kuning dan toskan hingga kering.

2. Gaul dengan tepung bestari dan panaskan minyak.

3. Goreng mee dan taburkan daun kari.

4. Bila buih yang di goreng kurang baru Angkat dan Biar hingga sejuk. Sedap walaupun tak sama macam guna tepung muruku.

Sedap! Boleh hidang untuk tetamu kalau tak ada idea nak buat apa.

Sumber: Facebook Ariff Budiman Zainal Abidin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×