Dapur

Resepi Baby Pancake Viral Lembut Sampai Malam, Buat Sendiri Lebih Puas!

10
SHARES

Kalau anda gemar melakukan food hunting, pasti tahu baby pancake yang viral dijual dengan pelbagai perisa seperti coklat dan karamel. Juadah tersebut sudah tentunya menjadi kegemaran si anak kerana lembut dan manis sesuai dengan citarasa kanak-kanak.

Jika anda ingin mencuba membuat sendiri di rumah, di bawah kami kongsikan resepi baby pancake viral perkongsian Cik Dayang Zulaiha. Paling penting sekali, resepi ini dapat hasilkan baby pancake yang lembut sehingga malam. Wah!

Baca juga: Resepi Rojak Petis Terangkat, Memang Kecur Air Liur!

RESEPI BABY PANCAKE VIRAL LEMBUT SAMPAI MALAM, BUAT SENDIRI LEBIH PUAS

baby pancake

Guna bahan yang murah, teknik yang mudah, rasanya yang pasti sedap. Jom cuba.

Bahan-bahan: 

  • 150g tepung gandum
  • 200g susu full cream
  • 35g butter
  • 35g gula kastor
  • 2 tsp baking powder
  • 1/2 tsp garam
  • 1 tsp vanilla powder
  • 1 biji telur

Cara penyediaan: 

1. Satukan kesemua bahan ke dalam blender dan sehingga sebati dan tak berketul.

2. Kemudian tapis adunan supaya texture pancake lebih halus.

3. Tuangkan adunan ke dalam botol acuan.

4. Panaskan kuali. Sapukan sedikit butter.

5. Masak pancake ikut saiz kesukaan masing-masing lebih kurang 10minit. Api perlahan je.

6. Akhir sekali boleh letak topping mengikut citarasa masin-masing. Siapppp. Senang je tauu. Pancake ni dah sejuk pun lembut lagi.

Boleh hidang untuk anak dan sanak saudara. Pasti mereka suka! Tak cukup satu bekas…

Sumber: Facebook Cik Dayang Zulaiha

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×