“Sedapnya rojak petis…”
Rojak petis menjadi antara menu kegemaran ramai kerana mudah dibuat dan tidak memerlukan bahan yang rumit untuk menghasilkan juadah sedap mampu mengembirakan hati keluarga.
Seperti perkongsian Puan Siti Zanariah di bawah, rojak petis homemade tersebut menjadi ‘kegilaan’ keluarganya kerana rasa yang cukup sempurna. Ikuti perkongsian resepi rojak petis terangkat di bawah. Rugi kalau tak cuba!
Baca juga: Resepi Sos Perapan BBQ Paling Sedap & Senang, Confirm Laku!
RESEPI ROJAK PETIS TERANGKAT, MEMANG KECUR AIR LIUR!
Niat asalnya nak buat pecel. Tapi suami minta rojak petis. Beberapa hari lalu agak kecewa bila beli sebekas rojak petis tapi akhirnya tak boleh dimakan kerana basi. Buat sendiri lebih puas makan dan bahagia bila tengok keluarga makan sehingga habis. Memang sedap!
Bahan-bahan:
- Timun – potong baji
- Sengkuang – hiris
- Nenas – hiris kecil
- Tauge – celur
- Kangkung – celur
- Tauhu – digoreng
Bahan sos petis:
- Cili kering – rebus hingga lembut kemudian kisar dengan sedikit air masak.
- Air asam jawa
- Kicap manis
- Petis
- Gula
- Kacang tanah – digoreng kemudian ditumbuk
1. Masukkan 2 sudu makan cili kisar dalam mangkuk yang agak besar. Kemudian masukkan 3 sudu makan air asam jawa, 1½ sudu makan petis, 4 sudu makan kicap manis & anggaran 1½ sudu makan gula.
2. Boleh tambah gula kalau suka. Gaul rata kemudian masukkan 4-5 sudu makan kacang tanah tumbuk.
3. Masukkan tauge, timun, sengkuang, kangkung, Tauhu yang sudah dipotong & nenas. Gaul rata. Siap dan sedia untuk dihidangkan.
Sumber: Facebook Siti Zanariah Khalit