Dapur

Resepi Carbonara French Fries Cheese Leleh, Anak-Anak Mesti ‘Repeat’!

45
SHARES

Kentang goreng atau french fries merupakan makanan kegemaran setiap peringkat umur. Bukan sahaja digemari oleh kanak-kanak, malah orang dewasa juga menyukainya.

Selalu makan kentang goreng bersama sos cili atau mayonis sahaja kan? Apa kata kita buat resepi baru untuk anak-anak makan hujung minggu ini ketika menonton televisyen atau beriadah.

Baca juga: Resepi Burger Terung, Memang Sesuai & Sedap Untuk Diet!

FRENCH FRIES CARBONARA CHEESE

Wah! Kalau carbonara selalunya dipadankan bersama pasta pilihan tetapi kali ini berbeza pula apabila dicampur bersama french fries dan dipenuhi kepingan cheese, sos cili dan mayonis. Mari kita lihat bagaimana cara membuat resepi baharu ini.

Bahan-bahan diperlukan:

  • Sepaket french fries
  • Satu paket soup campbells
  • Satu sudu butter
  • 2 ulas bawang putih
  • Sosej
  • 1 cawan susu segar
  • Satu sudu chili flakes
  • Sedikit serbuk hitam, garam dan gula

Cara-cara penyediaan:

– Salut french fries kedalam tepung kering dan gaulkan sebati. Kemudian goreng french fries sehingga garing dan ketepikan.

– Sediakan sos carbonara. Tumis 2 ulas bawang putih menggunakan butter. Kemudian masukkan 1 cawan susu segar atau cair. Masukkan sosej yang sudah dipotong halus dan sepaket soup campbells. Perasakan menggunakan chili flakes, serbuk lada hitam, garam dan gula secukupnya. Masak selama 10-15 minit.

– Masukkan french fries yang telah digoreng ke dalam loyang atau bekas yang bersesuaian. Tuangkan sos carbonara dan dihiaskan dengan kepingan keju, sos cili dan mayonis. Bakar selama 15-20 minit dan suhu 160C.

Menarik kan? Selamat mencuba

Sumber: Mastura Razali Via Masak Apa Hari Ini

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×