Dapur

6 Tips Masak Nasi Lemak Guna Rice Cooker. Tetap ‘Power’!

954
SHARES
tips masak nasi lemak

“Dah berapa kali buat nasi lemak asyik tak jadi saja. Hari tu nasi mentah, ni sambal pula yang tak berapa sedap. Apa tips masak nasi lemak yang ‘simple’, tapi betul-betul menjadi ya? Kalau boleh nak guna ‘rice cooker’ saja. Senang.”

Nasi lemak memang banyak dijual di mana-mana. Walaupun hidangan ini cukup mudah dan ‘simple’, tapi tak ramai yang dapat menghasilkan nasi lemak sendiri di rumah  walaupun dah follow resipi tersebut 100%.

Sekali-sekala, nak juga rasa nasi lemak yang dihasilkan sendiri di rumah. Kalau ditanya pada ‘otai-otai’ memasak, memang begitu banyak petua dan tips masak nasi lemak yang dikongsikan.

petua goreng ikan bilis nasi lemak

Foto Kredit: businesstimes.cc

6 Tips Masak Nasi Lemak ‘Power’ Guna Rice Cooker. Mudahnya!

Di sini kami kompilasikan beberapa tips masak nasi lemak yang mudah beserta cara buat sambal yang ‘power’. Walaupun menggunakan rice cooker, nasinya tetap lembut dan lemak.

1.  Rendam Beras Sebelum Masak

Salah satu tips untuk menjadikan nasi lemak lembut adalah dengan merendam beras terlebih dahulu sebelum memasaknya. Selepas dibasuh, rendamkan sekitar 10 minit. Kemudian, baru toskan dan masak seperti biasa.

Foto Kredit: leaf.tv

Foto Kredit: leaf.tv

2. Elak Nasi Lemak Mentah Dalam Rice Cooker

Cara memasak nasi lemak guna rice cooker tak banyak bezanya dengan atas api. Ada yang masukkan santan sekali dengan halia, daun pandan, dan garam terus. Kalau nak masukkan apabila nasi mula nak kering pun boleh.

Seeloknya, lebihkan sedikit air berbanding memasak nasi biasa. Mungkin ada yang menghadapi masalah nasi tak cukup masak walaupun butang ‘cook’ dah bertukar kepada ‘warm’. Sekiranya ini berlaku, ada beberapa petua yang boleh anda lakukan:

  • Mula-mula kaiskan sedikit nasi tersebut. Kemudian, letak sebuah cawan berisi air panas yang dicampur sedikit garam di dalam rice cooker (macam gambar di bawah ini). Tutup semula rice cooker dan biarkan selama 10-20 minit.
  • Kacau nasi, ambil daun pisang/plastik dan tutup bahagian atas nasi. Renjiskan sedikit air dan biarkan lama sedikit dalam mod ‘warm’.
  • Selain daripada cara ini, boleh juga mengukus semula nasi tersebut menggunakan pengukus.
petua nasi mentah

Foto Kredit: sweethoney86.blogspot.my

3. Petua Nasi Lemak Lembut

Salah satu tips masak nasi lemak yang lembut adalah dengan mencampurkan sedikit minyak masak atau marjerin ke dalam nasi. Tak kisahlah sama ada nak masukkan awal-awal atau apabila nasi hampir kering.

Tips kedua adalah dengan menggunakan halia yang dititik sebesar ibu jari. Anda boleh menggunakan kedua-dua cara ini untuk mendapatkan butiran nasi yang cantik, lembut, dan berderai. Tapi, jangan menggaulkannya nasi banyak kali semasa memasaknya ya!

petua nasi mentah

Foto Kredit: cookingupgrade.com

4.  Supaya Nasi Lemak Wangi & Harum

Biasanya kita akan ikat daun pandan untuk dimasukkan ke dalam rice cooker. Kalau anda nak cuba sesuatu yang berbeza, boleh kisarkan daun pandan dan dapatkan patinya untuk dimasukkan ke dalam nasi lemak yang sedang dimasak.

Selain itu, boleh gunakan beberapa batang serai untuk menambahkan lagi keharumannya.

tips masak nasi lemak

Foto Kredit: juicemigourmet.com

5. Tips Buat Sambal Ikan Bilis Yang Sedap

Untuk membuat sambal ikan bilis yang sedap, ada beberapa cara mudah yang boleh anda lakukan.

  • Lepas menggoreng ikan bilis, minyaknya jangan dibuang. Gunakan minyak yang sama ini untuk menumis sambal/cili. Kalau nak lebih mantap, kisarkan 10-20 ekor ikan bilis dan masukkan ke dalam sambal.
  • Banyakkan menggunakan bawang kecil berbanding bawang besar atau bawang putih. Bawang kecil ini mempunyai rasa yang sedikit manis dan menjadikan sambal anda lebih sedap.
  • Semasa menggoreng, pastikan minyak mencukupi. Goreng cilinya sampai betul-betul garing.
  • Kalau nak sambal yang tahan lama, tumiskan lama sedikit. Kalau rajin, tumis sampai kering dan tambah air sampai 3 kali kering. Lepas itu barulah masukkan bahan perasa lain seperti gula, air asam jawa dan garam, dan sebagainya.
  • Gunakan gula perang untuk mendapatkan rasa yang lebih istimewa. Warnanya pun akan menjadi lebih gelap dan cantik.

goreng-cili

6. Cara Rebus Telur Yang Cantik

Selesai memasak nasi dan sambal, biasanya kita akan rebus telur. Kalau yang suka telur goreng pun tak salah. Cuma di sini ingin dikongsikan cara mengupas telur agar hasilnya licin, elok, dan berkilat. Tak kalah macam di restoran!

Caranya mudah saja, selepas telur direbus, alirkan atau rendamkan dalam air paip buat seketika. Ada juga yang masukkan sedikit garam atau cuka ketika merebus supaya kulitnya tidak pecah dan lebih senang nak kupas nanti.

Foto kredit: inspiredtaste.net

Foto kredit: inspiredtaste.net

Selamat Mencuba!

Mudah bukan? Kalau ada tips lagi yang bermanfaat, bolehlah tulis di ruangan komen agar lebih ramai yang dapat memanfaatkannya.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×