Dapur

Jangan Buang Nasi Lebih. Ini Cara Buat Rice Ball Yang Mudah & Sedap

47.9K
reads
cara buat rice ball

“Alahai, banyaknya nasi lebih hari ini. Tak tahu pula masing-masing dah makan di luar tadi. Nasi semalam masih ada dalam peti sejuk. Ni bertambah lagi. Apa resepi lain yang aku boleh buat selain nasi goreng ya?”

Perkara begini memang biasa berlaku. Sampai satu tahap, kita pun dah jemu nak makan nasi. Perkongsian kali ini adalah oleh Puan ‘Az Shafiqah Ira yang akan menunjukkan bagaimana cara buat rice ball menggunakan nasi lebih. Menurut beliau, bila ada nasi lebih, kalau buat rice ball ini, memang laju saja ia habis dimakan.

Menariknya, ia memang sangat mudah, tapi cukup menyelerakan. Kalau ada anak-anak tak suka makan nasi pun, tentu mereka akan makan rice ball ini. Jadi, jom kita tengok caranya.

Cara Buat Rice Ball, Langkah Demi Langkah

Beginilah cara buat rice ball, ada langkah bergambar untuk anda ikut dengan senang.

1. Panaskan Nasi

Mula-mula, panaskan sedikit nasi. Kalau ia terlalu kering, campurkan sedikit dengan air. Kemudian, letakkan seketul ayam di tengah-tengah.

rice-ball-02

2. Kepalkan

Kepalkan nasi dengan menggunakan plastic wrap hingga menjadi bebola. Kemudian, masukkan ke dalam peti ais sekejap.

rice-ball-03

3. Sediakan Bahan Seterusnya

Sementara menunggu nasi mengeras, sediakan bahan untuk proses seterusnya.

  • Tepung
  • Telur
  • Breadcrumb

Bila dah keras begini, bolehlah kita mulakan proses seterusnya.

rice-ball-04

4. Golek Dalam Tepung

Seterusnya, golekkan bebola tadi ke dalam tepung.

rice-ball-05

5. Celup Dalam Telur

Selepas itu, celupkan pula dalam telur. Tapi, jangan lama sangat ya. Nanti terburai pula.

rice-ball-06

6. Salut Bread Crumb

Kemudian, akhir sekali salutkan bebola tadi dengan bread crumb.

rice-ball-07

Macam inilah hasilnya.

rice-ball-08

7. Goreng

Sekarang, dah siap untuk digoreng. Panaskan kuali, tunggu api panas dan gorengkan seperti biasa.

rice-ball-09

Siap!

Lepas diangkat dan ditoskan minyaknya, boleh hidangkan. Memang lazat dimakan panas-panas. Tengok pun boleh terliur. Cicah dengan sos atau mayonis, lagi terangkat!

rice-ball-10

Boleh Guna Nasi Lemak & Nasi Goreng Juga

Macam di atas, resepi rice ball itu menggunakan nasi ayam. Anda boleh juga menggunakan nasi putih atau nasi goreng.

Macam di bawah ini, menggunakan nasi kosong. Tapi, ia agak berderai. Jadi, nasi itu digaul dengan santan kemudian diletak sambal ayam di tengah-tengah.

cara buat rice ball

Yang ini pula menggunakan nasi goreng. Nampak sedap, bukan?

rice-ball-12

Resepi rice ball ini juga sesuai sangat kalau ada anak yang tak suka makan nasi, macam anak Puan yang seorang ini.

rice-ball-13

Jadi, apa lagi. Jomlah kita buat di rumah. Mesti anak-anak suka. Memang senang sangat dan tak perlu banyak bahan pun. Boleh tambah apa-apa bahan lagi yang anda suka seperti keju, daging, sambal atau apa saja.

Selamat mencuba!

 

*Perkongsian asal cara buat rice ball ini adalah oleh Puan ‘Az Shafiqah Ira melalui group Facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN). Ia diterbitkan semula dengan kebenaran. Selain aktif berkongsi pelbagai resepi masakan, Puan ‘Az Shafiqah Ira juga menjual dan mengambil tempahan pelbagai jenis makanan yang menyelerakan seperti meatball cheese, potato boat, dan begedil cheese. Follow beliau di SINI.

 

1 Comment

1 Comment

  1. Cahaya

    April 10, 2017 at 12:00 am

    Awak pakai tepung jenis apa ye?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Yang Popular

To Top