Dapur

Jangan Dibuang Nasi Mentah, Perbaiki Rasanya Dengan 5 Petua Ini

12.5K
reads
petua nasi mentah

“Ish dahlah lapar, tengok-tengok nasi yang dimasak mentah pulak. Aku yang salah bajet air atau rice cooker aku ni yang rosak? Nampaknya, makan lauk je lah aku malam ni. Nak telefon Mak lah. Mana tahu dia ada petua nasi mentah. Untung-untung boleh ‘repair’.”

Sayangnya, takkan nak dibuang nasi yang mentah. Orang kata tak baik buang nasi, sama macam kita buang rezeki.

Apa pun, sebenarnya ada 5 petua nasi mentah yang anda boleh lakukan untuk dapatkan kembali nasi yang gebu jika nasi yang ditanak mentah pada awalnya.

petua nasi mentah

Foto Kredit: cookingupgrade.com

5 Petua Nasi Mentah Kembali Gebu

1. Guna ‘microwave’

Letakkan nasi dalam bekas khas ‘microwave safe’.

Basahkan sedikit dua helai tisu kertas dan tekapkan atas nasi dan masukkan nasi dalam microwave selama dua minit. Keluarkan nasi dan buang tisu di atasnya.

Nasi yang mentah akan kembali gebu.

petua nasi mentah

Foto Kredit: altonbrown.com

2. Tambah air

Campurkan setengah cawan air pada nasi yang mentah. Letakkan penutup rice cooker dan tekan suis.

Biarkan seketika hingga naik bau nasi.

Stim yang terhasil membantu menjadikan nasi mentah kembali gebu dan boleh dimakan.

petua nasi mentah

Foto Kredit: wikihow.com

3. Bubuh Mangkuk Berisi Air Di Tengah Nasi

Ambil mangkuk kecil dan isikan air panas. Kemudian buat lubang mengikut saiz mangkuk di tengah nasi dan letakkan mangkuk di dalamnya.

Tutup periuk dan masak semula nasi di atas api yang perlahan sehingga benar-benar masak.

4. Tambah Air Garam

Masukkan sedikit air yang sudah bercampur garam pada atas nasi.

Panaskan semula periuk selama lima minit atau sehingga wap naik.

Jangan banyak sangat pula, agak-agak supaya ia tidak terlalu masin.

5. Guna Daun Pisang

Letak daun pisang atau plastik yang bersih atas nasi yang mentah.

Pastikan ia menutup semua bahagian nasi. Tutup periuk dan masak semula nasi sehingga ia masak.

Aroma daun pisang memang menaikkan lagi selera!

PENTING: Jangan Gaul Nasi Yang Mentah

Nasi yang mentah jangan digaul kerana biasanya yang mentah hanya melibatkan bahagian atas. Jika digaul, maka seluruh nasi akan terasa mentah.

Ingat ya!

Tak Perlu Membazir, Nikmatinya Seperti Biasa

Dengan 5 petua nasi mentah ini, anda boleh kembali menikmati nasi yang dimasak tadi tanpa membuang atau membazirkannya.

Boleh ‘adjust’, dan kembalikan rasa nasi yang gebu dan sedap.

Tak ada masalah lagi.

 

Yang Popular

To Top