Suami Isteri

Jangan ‘Meroyan’ Kalau Kena Tinggal, Isteri Patut Pilih Nak Berdikari Atau Bergantung Pada Suami

2
SHARES
wanita berdikari

Selari dengan perkembangan zaman, sudah ramai wanita berdikari tidak kira secara bujang atau apabila sudah bergelar isteri. Hal ini kerana berikutan banyak kes selebriti yang berpisah dan bergaduh menyebabkan wanita khususnya, terjejas dari segi kewangan disebabkan bergantung kepada suami.

Mungkin masih ada lagi persepsi mengatakan bahawa isteri tidak perlu bekerja, tidak perlu cari nafkah tapi itu mungkin dulu. Berikut merupakan perkongsian pandangan dari Encik Fahmi Ramli, peguam syarie mengenai isu ini.

Baca juga: Pancut Luar Untuk Elak Hamil? Ini 5 Lagi Mitos Sek* Yang Anda Masih Percaya!

Isteri patut bergantung pada suami atau jadi wanita berdikari?

wanita berdikari

Haritu saya ada menonton Wanita Hari Ini di TV3. Tajuk perbincangan adalah seorang isteri ni patut bergantung pada suaminya sahaja atau perlu berdiri atas kaki sendiri. Tambah-tambah di zaman sekarang ini. Jadi, saya rasa ramai wanita khususnya isteri sekarang ini mesti akan cakap wanita kena ada pendapatan sendiri.

Kita sudah tak boleh bergantung harap pada suami semata-mata. Tapi, ada juga dalam kalangan isteri yang hanya menjadi suri rumah dan bergantung penuh kepada suaminya kerana kehendak suami atau mungkin kehendak isteri itu sendiri. Ada isteri yang nak duduk sahaja di rumah dan menjaga anak serta uruskan rumah tangga sahaja.

Cuma, pengalaman saya kendalikan kes rumah tangga di Mahkamah Syariah, banyak kes cerai khususnya yang berlaku dalam kalangan pasangan suami isteri adalah disebabkan faktor kewangan. Ye lah, nak beli beras kena pakai duit, nak beli susu anak kena pakai duit, nak bayar bil, sewa rumah dan macam-macam lagi kena pakai duit.

Jadi, jika isteri zaman ekonomi gawat ketika ini pilih untuk bergantung kepada suami mencari nafkah sahaja, akan ada beberapa risiko yang mungkin berlaku kepada rumah tangga mereka. Contohnya:

1. Suami tinggalkan isteri sebatang kara, terkontang mencari kerja

Kita memang tak harapkan perkara ini berlaku. Tapi, banyak surirumah yang mengadu untuk proses perceraian yang suami tinggalkan isteri sehelai sepinggang. Sudahlah dia tempat bergantung, tapi ditinggalkan begitu sahaja. Jadi, si isteri ini mula bingung dan terpaksa keluar mencari pekerjaan di usia yang lanjut. Bukan mudah nak dapat kerja zaman sekarang. Nak tanggung makan minum sendiri, kemudian anak-anak lagi.

2. Suami hilang keupayaan/kematian

Kalau suami kematian, selepas itu mungkin kita ada kesukaran sedikit untuk tanggung berseorangan nafkah anak dan diri kita. Cuma, ia mungkin tak terlalu berat, daripada suami hilang keupayaan. Kalau suami yang menjadi breadwinner ini kemalangan hingga menjadi cacat kekal misalnya, jadi siapa yang akan menjadi pencari nafkah seterusnya kalau bukan isteri. Bahkan, si isteri pula tetap nak kena jaga suami yang sakit tersebut.

3. Suami tak cukup sediakan nafkah kepada diri dan anak-anak

Bila suami seorang diri sahaja kerja, pasti ada isu kurang nafkah atau nafkah tak cukup kepada isteri. Ini isu yang selalu terjadi di Mahkamah Syariah. Bila tak cukup, isteri pula hanya suri rumah, mulalah pergaduhan dalam rumah tangga ini tercetus. Perbelanjaan anak pun dah terabai. Kalau suami gaji besar, mungkin tak ada isu ini. Tapi, timbul isu suami nikah baru pulak.

4. Suami ceraikan isteri begitu sahaja

Bila suami lafaz cerai begitu sahaja kepada isteri, anda mesti nak tuntut hak anda di Mahkamah Syariah. Proses untuk nak buat tuntutan selepas cerai perlu memfailkan kes, nak lantik peguam, nak datang ke Mahkamah. Semuanya akan melibatkan kepada kos. Jika isteri yang bergantung penuh, pasti dia akan lalui kesukaran untuk naik turun mahkamah hanya kerana menuntut haknya selepas bercerai.

Salah ke isteri bergantung pada suami?

wanita berdikari

Tak salah. Suami memang tempat untuk isteri bergantung harap dalam Islam. Sebabnya, seorang isteri adalah tanggungjawab wajib yang perlu dijaga oleh suami. Suami wajib untuk jaga, makan minum isteri, pakaian, tempat tinggal, kelengkapan harian, alat-alat persolekan dan nafkah batin. Jadi, memang tak salah kalau isteri bergantung pada suami.

Bergantung ini tak semestinya bab yang berkaitan dengan wang ringgit sahaja. Suami juga boleh menjadi tempat isteri bergantung harap untuk beri kasih sayang seorang bapa kepada anak-anak. Ada juga tempat isteri bergantung kepada suami dari sudut teman dikala suka dan duka.

Kesimpulan, secara peribadi, saya menyarankan agar wanita diluar sana, tidaklah bergantung harap sepenuhnya kepada suami khususnya bila berkaitan dengan faktor kewangan. Wanita zaman sekarang perlu ada kewangan yang stabil dan pendapatan yang bagus. Kalau apa-apa berlaku kepada diri anda atau suami, sekurang-kurangnya anda ada kebolehan dan pekerjaan yang boleh berikan anda makan minum pada hari-hari yang mendatang.

*Jadi, isteri zaman sekarang perlu bekerja dan perlu ada pendapatan supaya ada persediaan dan tidak diambil kesempatan oleh suami sendiri. Wanita berdikari, wanita kuat!

Baca juga: 3 Perkara Yang Dianggap Remeh Tapi Boleh Jadi Punca Rumah Tangga Musnah!

Sumber: Fahmi Ramli

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×