Famili

Usaha Membuahkan Hasil! Ini Antara Jasa & Sumbangan PTPTN Sepanjang 25 Tahun Menabur Bakti!

182
SHARES

Tahun 2022 genap 25 Tahun PTPTN berperanan dalam menyumbang kepada modal insan negara. Satu angka yang cukup untuk mematangkan sesebuah organisasi yang bermula dengan satu tujuan iaitu bagi memastikan tiada pelajar yang tercicir dari mendapatkan akses pendidikan tinggi. 

Tentunya ada pelbagai usaha yang dilakukan oleh PTPTN sehingga ianya membuahkan hasil! Jom kami kongsi jasa, sumbangan dan pencapaian terbaik dalam tempoh 25 tahun menabur bakti.

Penubuhan PTPTN sejak tahun 1997 telah membantu banyak pihak terutamanya dalam sektor pendidikan

Mengimbau kembali sejarah PTPTN, penubuhan PTPTN adalah merupakan cetusan dari YB Menteri Pendidikan pada tahun 1997, selaras dengan Dasar Pendemokrasian Pendidikan di mana semua pihak diberikan peluang sama rata untuk mendapat pinjaman atau pembiayaan bagi pendidikan tinggi. 

PTPTN ditubuhkan di bawah akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 Akta (566) yang mula berkuat kuasa pada 1 Julai 1997. 

Fungsi utama PTPTN bukan sahaja pinjaman pendidikan, memungut bayaran balik pinjaman tetapi menyediakan satu skim simpanan pendidikan atau Simpan SSPN untuk membantu ibu bapa membuat perancangan kewangan untuk pendidikan tinggi anak-anak. 

Banyak kejayaan & jasa mereka yang wajar dibanggakan!

Objektif penubuhan PTPTN adalah untuk memastikan bahawa tiada pelajar yang tercicir untuk melanjutkan pengajian di menara gading kerana kekangan kewangan. Melalui pendidikan, ia dapat memberi peluang kepada mereka untuk membangunkan taraf hidup keluarga, bangsa dan negara. Begitulah besarnya jasa PTPTN ini.

Pelbagai bantuan disediakan termasuk bantuan pinjaman pendidikan dan menyediakan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) dengan tujuan membantu ibu bapa membuat perancangan kewangan untuk pendidikan tinggi anak-anak.

Hari ini PTPTN terus cemerlang dalam menyumbang bakti sehingga menjadikan pinjaman pendidikan yang ditawarkan mereka menjadi pilihan utama kebanyakan anak muda yang ingin melanjutkan pelajaran ke IPT. PTPTN juga membantu pelajar membuat persediaan awal untuk ke IPT melalui pemberian Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP). Sejak 1999 sehingga kini, sebanyak 1.61 juta waran WPP telah ditawarkan kepada pelajar dengan jumlah RM2.39 bilion.

Sehingga 30 Jun 2022, PTPTN telah membantu seramai 3.67 juta pelajar dengan jumlah keseluruhan pinjaman yang dikeluarkan sebanyak RM66.87 bilion. Hebat betul kan? 

Lebih menarik, apabila ada di kalangan penerima manfaat pembiayaan ini turut berjaya berkhidmat dan diiktiraf kepakaran mereka dalam pelbagai sektor kerajaan dan swasta. Nyata, kemudahan yang ditawarkan oleh PTPTN dapat menaikkan taraf kehidupan peminjam sekali gus menjadi aset dan modal insan penting kepada negara.

Pelbagai insentif juga diberikan kepada peminjam & PTPTN komited untuk terus menjaga kebajikan setiap pelajar ini

Sebelum ini mulai tahun 2019, pengecualian bayaran balik pinjaman PTPTN hanya diberikan kepada peminjam yang mendapat Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama bagi kategori kumpulan B40 dan M40 sahaja. Dengan pengumuman YAB Perdana Menteri ini sempena Majlis Sambutan Jubli Perak 25 Tahun PTPTN pada 27 Julai 2022, insentif ini diperluaskan kepada semua kategori peminjam yang bergraduat bermula tahun 2019 tanpa mengira had pendapatan.

Pemberian insentif ini jelas menunjukkan keprihatinan Kerajaan dan sebagai dorongan untuk menggalakkan pelajar yang merupakan peminjam PTPTN untuk mencapai pendidikan dengan cemerlang.

PTPTN sebagai agensi di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sentiasa komited memastikan agar urusan berkenaan pengecualian bayaran balik pinjaman ini dapat dilaksanakan dengan baik demi kebajikan para peminjam PTPTN. 

Ternyata sumbangan PTPTN cukup besar kepada masyarakat. Anak-anak kita dengan mudah dapat melanjutkan pengajian ke peringkat tertinggi dengan bantuan kewangan yang diberikan oleh PTPTN. Akhirnya anak kita berjaya dan dapat mengubah taraf hidup keluarga. Negara juga mempunyai modal insan yang berpendidikan dan lebih profesional seterusnya menyumbang tenaga serta kemahiran mereka buat negara.

PTPTN telah membantu masyarakat Malaysia membuat perancangan kewangan bagi tujuan pendidikan seawal usia anak-anak sekali gus dapat melahirkan graduan tanpa hutang melalui Simpan SSPN. Dengan instrumen simpanan yang diwujudkan oleh PTPTN ini telah membantu dan mengatasi masalah keciciran dalam kalangan pelajar yang ingin melanjutkan pengajian kerana produk simpanan ini mempunyai manfaat perlindungan takaful secara percuma. 

PTPTN telah membantu masalah kewangan pelajar di saat kehilangan ibu bapa. Inilah sumbangan dan jasa PTPTN membantu masyarakat Malaysia mereliasikan impian dan cita-cita dengan memastikan anak-anak terus mendapat pendidikan yang sempurna.

Bayangkan perasaan anak-anak kita apabila mengetahui bahawa ibu dan ayah telah menyediakan wang bagi tujuan pembelajaran mereka. Jika sedikit pun tidak mengapa, asalkan kita berusaha merancang kewangan kita. Bukankah kita akan menjadi kebanggan mereka kerana kebijaksanaan kita dalam merencana perancangan kewangan bagi tujuan pendidikan tinggi mereka?

PTPTN juga memberikan insentif Geran Sepadan sehingga RM10,000 untuk satu keluarga yang layak. Geran Sepadan merupakan insentif kewangan yang disediakan oleh Kerajaan bagi tujuan pendidikan anak-anak. Oleh itu, pendeposit Simpan SSPN Prime yang berpendapatan isi rumah tidak melebihi RM4,000 layak dipertimbangkan untuk pemberian Geran Sepadan sehingga RM10,000 bagi penerima manfaat (anak) yang berjaya melanjutkan pengajian ke menara gading. 

Kejayaan PTPTN dalam menyumbang kepada perancangan kewangan masyarakat Malaysia terutamanya usaha memupuk budaya menabung dalam kalangan ibu bapa di peringkat awal usia dapat dilihat dengan penjenamaan semula produk simpanan PTPTN. 

Pemerkasaan imej baharu produk simpanan PTPTN ini menjadikan produk SSPN-i dikenali sebagai Simpan SSPN Prime dengan mengekalkan keistimewaan dan manfaat sedia ada dan produk SSPN-i Plus dikenali sebagai Simpan SSPN Plus dengan penambahan manfaat takaful yang lebih menarik.

Dengan penjenamaan ini mampu menjadikan Simpan SSPN sebagai pilihan utama penabungan bagi tujuan pendidikan tinggi di samping membina kepercayaan dan jenama yang kukuh untuk masyarakat membuat perancangan kewangan.

Dalam usaha memastikan PTPTN berada setanding dengan institusi kewangan yang lain di pasaran dalam penyediaan kemudahan digital terkini selari dengan transformasi pendigitalan yang berlaku begitu pantas, PTPTN telah mewujudkan aplikasi mobile apps myPTPTN dalam usaha untuk menambahbaik perkhidmatan dalam talian dan menyediakan pelbagai saluran dalam talian untuk menggalakkan bayaran tanpa tunai. 

Ini antara lakaran sejarah yang sangat bermakna dalam memperkukuhkan agenda pendigitalan kerajaan dan memenuhi aspirasi pendigitalan pendidikan tinggi.

Bukan tu saja, PTPTN juga sentiasa bersedia dalam menghadapi cabaran

Tidak dinafikan disebalik setiap kejayaan pasti ada cabaran dan rintangan yang perlu dihadapi. Begitu juga dengan PTPTN, mereka sentiasa bersedia dalam menghadapi apa sahaja cabaran.

PTPTN menjangkakan pertambahan peminjam menjelang tahun 2040 berdasarkan bilangan kemasukan pelajar ke IPT yang dilihat bakal meningkat daripada 1.4 juta orang setahun kepada 2 juta orang setahun dimana ia adalah sejumlah dana yang besar yang diperlukan. 

Oleh itu, pelbagai strategi dilaksanakan dengan kerjasama pelbagai pihak bagi memastikan PTPTN terus kekal relevan dalam menjalankan fungsi dan peranan sebagai tabung pendidikan utama negara.

Di sebalik pelbagai cabaran yang dihadapi terutama ketika penularan Covid-19, produk simpan SSPN terus menjadi pilihan ibu bapa untuk membuat tabungan pendidikan untuk anak-anak.

Cabaran dalam usaha untuk menanam budaya menabung di kalangan ibu bapa dan pelajar. Usaha ini telah dimulakan pada tahun 2004 lagi iaitu ketika itu PTPTN telah memperkenalkan produk simpanan iaitu SSPN-i (kini dikenali Simpan SSPN Prime) yang diwujudkan khas untuk ibu bapa menyimpan bagi tujuan pendidikan tinggi anak-anak. 

Bermula dari situlah, cabaran demi cabaran yang harus ditempuhi untuk memastikan ibu bapa mula menabung dari awal usia anak agar ibu bapa tidak hanya bergantung kepada pinjaman semata-mata apabila anak melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Sehingga 30 Jun 2022, PTPTN telah mencatatkan kutipan deposit Simpan SSPN yang sangat memberangsangkan iaitu sebanyak RM12.47 bilion dengan lebih 5.45 juta akaun direkodkan. Cabaran perubahan teknologi masa yang semakin canggih kini juga merupakan cabaran utama PTPTN.

Contohnya kalau dahulu pelajar yang ingin meminjam dari PTPTN perlu mengisi Borang Permohonan OMR. Tapi kini permohonan pinjaman telah dilakukan dengan mudah secara online. PTPTN juga turut mempelbagaikan kaedah bayaran balik secara online seperti perbankan internet, e-wallet dan pelbagai kemudahan saluran lain.

Ini termasuklah memperkenalkan aplikasi myPTPTN bagi memudahkan urusan pelanggan. Semua pelanggan digalakkan untuk muat turun aplikasi myPTPTN.  Aplikasi myPTPTN ini boleh dimuat turun di telefon mudah alih melalui platform pengedaran digital seperti “App Store” bagi pengguna iOS, “Play Store” bagi pengguna Android dan “Huawei AppGallery” bagi pengguna Huawei.

Nak tahu langkah-langkah muat turun dan pendaftaran aplikasi myPTPTN, anda boleh rujuk video di bawah:

Majlis juga diadakan sempena Sambutan Jubli Perak 25 Tahun PTPTN!

Majlis Sambutan Jubli Perak 25 Tahun PTPTN telah diadakan pada 27/07/2022 lalu bertujuan untuk menghargai segala segala usaha dan daya yang telah disumbangkan oleh PTPTN sejak mula beroperasi pada 1 November 1997.

Majlis telah disempurnakan oleh Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan turut dihadiri Menteri Pengajian Tinggi, YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad.

Bersempena dengan Sambutan 25 Tahun ini juga, PTPTN tidak lupa untuk menghargai kerjasama yang telah diterima daripada pelbagai pihak termasuk Kementerian, Jabatan, Agensi Awam serta individu. PTPTN turut memberikan penghargaan kepada peminjam PTPTN yang telah berjaya menamatkan pengajian dan seterusnya memberi sumbangan kepada keluarga dan negara.

Penerima anugerah serta penghargaan daripada PTPTN terdiri daripada Anugerah Tokoh Peminjam Berinspirasi, Anugerah Keluarga Malaysia Berinspirasi serta Penghargaan kepada Kerajaan Negeri, Kementerian dan Agensi.

Penerima Anugerah Tokoh Peminjam Berinspirasi iaitu Encik Achmad Noorasyrul bin Noortaip berasal dari keluarga B40 dan menerima pinjaman PTPTN pada tahun 2005. Kini, beliau merupakan Pengarah Urusan Syarikat Idolegacy Sdn Bhd yang menjalankan projek Riderunner di Sabah. 

Beliau menerima kemudahan pinjaman dari PTPTN yang membolehkan beliau menyambung pengajian di UiTM Kota Samarahan, Sarawak. Setelah berjaya, beliau memberikan semula sumbangan kepada masyarakat dengan menyediakan peluang pekerjaan kepada anak muda dan suri rumah di Sabah.

Mungkin PTPTN bukanlah penyebab utama kejayaannya, tetapi PTPTN menjadi tunjang kekuatan pelajar-pelajar ini untuk ke IPT dan seterusnya mencapai impian mereka agar mereka boleh menyumbang sesuatu kepada masyarakat dan negara.

PTPTN turut bekerjasama dengan beberapa pihak dalam melancarkan Kelab Simpanan Pendidikan bagi memupuk kesedaran mengenai kepentingan menabung

Dalam usaha meningkatkan literasi kewangan di kalangan kanak-kanak seawal usia, PTPTN turut  bekerjasama dengan Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Keseniaan (BSKK), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan melancarkan Kelab Simpanan Pendidikan bagi memupuk kesedaran mengenai kepentingan menabung demi masa depan. Kelab ini beroperasi di bawah kokurikulum unit kelab dan persatuan sekolah iaitu komponen wajib disertai oleh semua murid.

Ia merupakan salah satu insiatif PTPTN dalam memperkenalkan Simpan SSPN kepada kanak-kanak sekolah rendah. Melalui kelab ini, ia mampu memupuk nama Simpan SSPN agar sinonim di kalangan pelajar sekolah dan membudayakan penabungan bermula dari bangku sekolah lagi melalui aktiviti kokurikulum.

Untuk maklumat lanjut, layari minisite Jubli Perak 25 Tahun PTPTN di SINI.

#TerimaKasihPTPTN

#25TahunPTPTN

#PeluangKejayaanAnda!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×