Dapur

Tiap Kali Bersiang Mesti Bersepah Satu Dapur… Nah, Ini Tutorial Mudah Buang Sisik Ikan!

273
SHARES
buang sisik ikan

Paling mencabar terutama untuk orang baru adalah ketika bersiang ikan. Apa yang membuatkan semua stres adalah sisik ikan yang bersepah satu dapur setiap kali mula bersiang! Persoalannya, ada ke cara mudah nak buang sisik ikan tanpa penuh satu dapur dengannya?

Kalau nak senang kerja selalunya boleh terus ‘request’ penjual ikan untuk tolong siangkan tapi sampai bila kan nak mengharapkan orang? Lambat laun kita yang masuk dapur ni kena belajar juga cara bersiang ikan yang sebetulnya. Jom ikuti perkongsian kali ini tentang cara mudah buang sisik ikan supaya dapur anda tak bersepah.

Baca juga: Elak Siang Ikan Dalam Sinki Tanpa Bekas, Ini Sebabnya… Menggelikan!

TUTORIAL MUDAH BUANG SISIK IKAN AGAR DAPUR TAK BERSEPAH

1. Buang sisik ikan – Bersihkan bawah air paip 

buang sisik ikan

Langkah pertama adalah anda perlu buang dahulu isi perut ikan kemudian bersihkan sisiknya di bawah air paip yang mengalir menggunakan tangan. Jika anda menggunakan air yang sedang mengalir, sisik-sisik ikan tak adalah melompat merata arah di seluruh dapur anda!

2. Serongkan mata ikan

buang sisik ikan

Ketika hendak mula mengikis, pastikan mata pisau anda dalam keadaan menyerong dan bukannya menegak. Ini kerana jika anda mengikis secara menegak, sisik ikan akan terus terkeluar dan melompat dengan arah berbeza , itulah sebenarnya punca dapur bersepah!

Pegang ikan dan mulakan proses mengikis sisik dengan menekan sedikit mata pisau ke badan ikan. Ingat, jangan tekan kuat sangat, risau rosak pula ikan anda nanti!

3. Guna garfu untuk buang sisik 

buang sisik ikan

Petua ini sesuai untuk yang baru belajar masuk dapur. Memang satu kebiasaan jika anda risau menggunakan pisau, takut ia akan termakan tangan. Oleh itu, untuk elak perkara sedemikian berlaku, gantikan pisau dengan garfu.

Paling ‘best’ kalau guna garfu ni, setiap orang pun boleh melakukannya. Nak minta tolong anak kikis buang sisik pun boleh, memandangkan ia tidak bahaya seperti menggunakan pisau!

Kebiasaannya memang tiga langkah ini yang orang amalkan ketika bersiang ikan supaya sisiknya tak penuh bersepah melompat satu dapur. Ada je cara lagi mudah iaitu dengan membeli produk buang sisik ikan di Shopee, tapi alternatif ini semestinya lebih menjimatkan duit poket anda!

Selamat Mencuba!

Sumber: Sinaran Wanita

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×