Kini Trending

20 Tahun Dengar Bunyi Kerusi Diheret, Air Mengalir & Pintu Dihempas Dari Rumah Jiran Tingkat Atas

157
SHARES

Seorang wanita dari Singapura membuat laporan polis kerana jiran di tingkat atas rumahnya didakwa sering membuat bising sehingga mengganggu kehidupan seharian mereka sekeluarga. Hal ini berlaku terutamanya pada waktu malam. Misteri juga tu!

Baca juga: Seronok Boleh Jadi Tragedi, Mak Ayah Yang Sewa Taman Tema Mini Air Kena Hati-Hati!

‘GANGGUAN’ BUNYI AIR MENGALIR, KERUSI DIHERET

Menurut laporan Mothership.sg, suri rumah yang dikenali dengan nama Tan mengatakan bahawa ‘gangguan’ tersebut sudah dialaminya sejak 20 tahun yang lalu. Dakwanya lagi, sudah hampir 100 kali dia sudah melaporkan kepada pihak berkuasa malangnya tiada sebarang perubahan.

Bercerita dengan lebih lanjut, Tan memaklumkan bahawa hampir setiap hari dia mendengar jiran di tingkat atas membuka paip selama beberapa jam dan membiarkan air melimpah. Katanya lagi, bunyi air yang mengalir itu agak kuat sehingga boleh didengar dari rumahnya. Selain itu, Tan mendakwa jirannga itu suka mengheret kerusi serta menghempas pintu pada waktu malam. Siap dengar bunyi bola disepak dan orang bermain tali skipping lagi!

JIRAN LAIN TIDAK ALAMI GANGGUAN

Tan yang berusia 52 tahun itu juga mengakui secara tidak langsung mengganggu kehidupan seharian bersama suami termasuklah waktu tidur mereka. Gangguan berkenaan akan berkurangan setiap kali aduan dibuat namun ianya akan berlaku dalam tempoh yang singkat sahaja dan ‘gangguan’ kembali.

Suami saya bekerja sebagai pembantu gudang dan dia perlu keluar bekerja pada pukul 5 pagi setiap hari. Jika dia tidak tidur lena pada waktu malam, ia akan menjejaskan kerjanya. Selepas mengadu pada pihak berkuasa, saya pun ikutlah arahan diberikan dan tukar bilik tidur serta pintu tandas, masalah tetap berlaku.

Menurut sumber, jiran-jiran yang ditemui pemberita memaklumkan mereka tidak terkesan dengan gangguan tersebut dan mengakui jarang mendengar bunyi bising seperti yang didakwa.

Sumber: Mothership.sg

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×