Sihat

Elak Siang Ikan Dalam Sinki Tanpa Bekas, Ini Sebabnya…Menggelikan!

69
SHARES

Singki merupakan salah satu tempat wajib ada di dapur rumah. Di situlah kita akan membasuh pinggan mangkuk, kuali dan lauk-lauk basah yang mahu digunakan. Tak lengkaplah rumah kalau tiada sinki. Betul tak?

Tapi, tahukah anda sinki merupakan tempat paling banyak bakteria? Lebih membahayakan kerana ia boleh menyebabkan cirit birit dan sakit perut. Puncanya? Anda kena baca penjelasan yang diberikan oleh Mazliana Mazlan di laman Facebook. Mesti lepas ini terus cuci sinki!

Baca juga: Sayur & Buah Paling Tinggi Racun, Guna Salah Satu Bahan Ini Untuk Cuci

ELAK SIANG IKAN DALAM SINKI TANPA BEKAS, INI SEBABNYA

Jelasnya terdapat lebih 17,00 bakteria untuk setiap inci persegi dan beliau menasihati selepas ini untuk tidak menyiang ikan atau bahan basah dalam sinki tanpa menggunakan sebarang bekas. Bahaya dan kotor!

Sinki antara tempat paling kotor dalam rumah kita. Ada doktor pakar mikrobiologist kata, sinki sebenarnya lebih kotor dari tandas. Sebab kandungan bakteria yang ada di sinki, lebih banyak dari bakteria yang ada di tandas. 

Lebih 17,000 bakteria untuk setiap inci persegi sinki, menurut kajian dari Global Hygeine Council. Tak termasuk lagi 13,000 bakteria pada handle paip di sinki. 

Ini baru untuk setiap inci persegi, cuba darab dengan saiz sinki rumah kita. Banyak mana lah kuman yang ada kat situ kan. Seram pulak. Bakteria boleh datang dari:

  • Makanan mentah yang kita siang.
  • Lebihan makanan yang kita buang.
  • Pinggan mangkuk dengan sisa makanan yang kita biar dalam sinki.
  • Sinki sentiasa dalam keadaan basah dan lembap.

Jadinya, elakkan letak terus ikan yang kita nak siang dalam sinki tau. Ramai kan suka buat macam ni. Ada yang macam tak puas siang ikan dalam bekas, nak jugak letak dalam sinki. 

Taknak buat dah ok lepas ni. Bakteria tu, tak tahu bila nak bagi kesan kat badan kita dan anak-anak kan. Ikan ke, ketam ke, ayam ke, apa-apa lah bahan makanan mentah.

Makanan yang belum dimasak tu sendiri pun dah ada bakteria, bila kita campur pulak dengan bakteria dalam sinki, berganda-ganda makanan kita dipenuhi dengan bakteria. 

Ada hari, kita tak masak dengan betul pulak makanan tu, bakteria masih ada tak habis lagi riwayat dia. Anak makan makanan yang kita sendiri masak kat rumah, pun boleh dapat cirit birit dan muntah nanti. 

Kalau yang dah tak buat macam ni, alhamdulillah. Kalau ada yang masih buat, hari ini jadi hari terakhir k, insyaAllah.

Sumber: Facebook Mazliana Mazlan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×