Sihat

Tuam Air Panas Atau Sejuk- Yang Mana Satu Cara Mudah Turunkan Suhu Demam Anak?

1K
reads

Bila anak demam dan suhu badan mereka menjadi sangat panas, sudah tentu anda merasa risau bukan? Banyak petua yang boleh diperolehi dari internet mengenai cara untuk menurunkan suhu panas badan anak. Bila banyak petua yang boeh diperolehi, makin keliru untuk para ibu memilih petua yang betul.

Oleh itu, jom kita baca perkongsian dari Encik Abdul Rahman Abdul Kadir di laman Facebook miliknya mengenai cara untuk menurunkan suhu panas badan anak ketika demam. Hal ini kerana, masih ramai yang keliru sama ada perlu tuam anak menggunakan air panas atau air sejuk. Untuk penjelasan dengan lebih teliti, jom kita baca!

ANAK DEMAM : TUAM AIR PANAS ATAU SEJUK ?

Demam adalah suatu sakit yang amat biasa dialami oleh anak2 kita. Ia biasanya adalah merupakan satu response normal tubuh badan terhadap jangkitan kuman (virus, bakteria dan sebagainya).

Demam yang tinggi kadang kala adalah bahaya dan boleh menyebabkan sawan yang boleh merosakkan otak.
Juga demam yang tinggi akan menyebabkan anak2 tidak selesa dan meragam.

http://www.thehealthsite.com/

http://www.thehealthsite.com/

Salah satu cara mudah menurunkan suhu badan selain mengambil ubat paracetamol adalah dengan memakaikan anak anda dengan pakaian ringkas dan tipis bagi memudahkan haba badan terbebas.

Juga ramai perawat akan menasihati ibubapa melakukan tuaman pada tubuh badan secara berkala apabila suhu badan tinggi dengan tuala yang basah.

Ini menimbulkan persoalan kepada ramai sama ada perlu menggunakan tuala basah yang sejuk ataupun panas/suam.
Ada yang mengatakan guna tuala sejuk dan ada yang kata guna tuala yang direndam dengan air yang panas/suam.

http://castlehillmedicalcentre.com.au/

http://castlehillmedicalcentre.com.au/

Pandangan yang lebih rojih/tepat dalam soal ini adalah, gunakan tuala yang direndam pada air pada suhu bilik/ambient temperature. Bermakna, air paip biasa saja adalah memadai.

Air yang panas/ suam akan menyebabkan suhu badan semakin meningkat sebenarnya. Demikian juga air sejuk akan menyebabkan liang2 roma dan saluran darah periferi mengecut dan akan menyebabkan haba badan terperangkap di dalam badan.

Jadi, gunakan saja air pada suhu bilik dan maintain suhu bilik pada suhu yang selesa dingin (tidak terlalu panas mahupun sejuk) kerana ia membantu menurunkan suhu badan melalui kaedah konveksi dan sejatan.

http://www.medicalnewstoday.com/

http://www.medicalnewstoday.com/

Jika sekalipun terpaksa menggunakan air suam untuk menuam anak anda kerana anak tidak tahan sejuk, gunakan air yang bersuhu lukewarm/suam2 kuku bagi tujuan ini.

Elakkan menuam anak anda dengan air panas (warm water) mahupun air sejuk apatah lagi ais.

Tidak perlu menggunakan penampal demam seperti Kool Fever sebenarnya pun kerana tiada bukti keberkesanannya hingga kini.

Semoga bermanfaat.

Sumber Facebook : Abdul Rahman Abdul Kadir

Yang Popular

To Top