Cantik

Tak Perlu Gigit Kasut Baru, Ini 10 Helah Berhasil Elak Kaki Melecet!

8
SHARES
tips pakai kasut baru

Kebiasaannya, ada petua menggigit di bahagian belakang kasut baru sebelum memakainya. Kini, anda boleh mencegah kaki melecet dengan mengaplikasikan beberapa tips pakai kasut baru seperti di bawah.

Kaki pun sudah tidak sakit lagi!

Baca juga: Kenali 8 Masalah Kereta & Komponen Perlu ‘Repair’, Elak Ditipu Pekerja Bengkel!

TIPS PAKAI KASUT BARU

tips pakai kasut baru

Gambar: gpointstudio

1. Plaster di kaki

Ini mungkin penyelesaian yang paling biasa dan klasik untuk mengelakkan kaki melecet. Namun, ia boleh membantu untuk mengelakkan kecederaan di sekitar kaki.

Letakkan plaster sebagai kit perubatan pada bahagian belakang kaki atau bahagian sensitif. Plaster mengurangkan geseran dan luka yang terbentuk di kaki akibat berjalan sepanjang hari.

2. Taburkan bedak bayi

Menariknya, ia boleh mengurangkan geseran antara kaki dan kasut dengan menggunakan taburan serbuk. Anda hanya perlu taburkan bedak bayi ke dalam kasut sebelum memakainya.

Cara ini berfungsi dengan baik apabila kaki betul kering dan tidak memakai stokin.

3. Stokin kaki

Pakai stokin yang sesuai dengan kasut yang dipakai. Stokin bukan sahaja melengkapkan kasut, tetapi juga melindungi kulit daripada geseran ketika berjalan.

Material yang lembut juga membuatkan ia berasa lebih selesa.

4. Guna deodoran

Menariknya, deodoran boleh digunakan sebagai petua untuk mengelakkan melecet ketika memakai kasut. Menurut kajian The Huffington Posr, helah menggunakan deodoran di tapak kaki juga boleh menghilangkan bau yang kurang menyenangkan.

Sapukan roll-on atau stick deodorant pada kulit sekitar kaki. Rasai sensasi sejuk ditambah haruman yang boleh melindungi kulit kaki anda.

5. Pengering rambut untuk kurangkan rasa ketat

Ambil pengering rambut dan halakan pada bahagian kasut yang kecil. Kemudian pakai stokin tebal untuk rasa selesa memakai kasut sepanjang hari.

Rasa hangat dari pengering rambut akan membuat kasut lebih longgar. Jadi, trik ini boleh menghalang kaki daripada melecet.

Baca juga: Rahsia 13 Kelebihan TEPUNG JAGUNG Selain Masakan, Macam-Macam Boleh Buat!

Baca juga: Tips Mop Lantai Tanpa Ada Kesan Air (Watermark) Lepas Kering, Ini Rahsianya!

6. Tumit silikon

tips pakai kasut baru

Gambar: Google

Tumit silikon boleh didapati dengan mudah di kedai kasut. Silikon ini akan menutup kawasan tumit daripada geseran dengan kasut.

Sesuai untuk dipakai dalam sneakers, boots dan kasut tertutup yang lain. Kalau pakai kasut tumit agak kurang sesuai dengan pelindung silikon ini.

7. Plastik dipenuhi air

Isi dua beg plastik dengan air dan masukkan ke dalam setiap hujung kasut. Kemudian, masukkan ke dalam peti sejuk dan biarkan semalaman.

Apabila ia mula membeku, air akan mengembang di dalam plastik dan meregangkan kasut. Kasut yang lebih besar menghalang geseran pada kulit dan memudahkan aktiviti.

8. Guna pad silikon

Strive Physiotherapi & Performance mengesyorkan menggunakan silikon pada tumit wanita. Bentuknya kecil dan lutsinar, letakkan pada tumit dan sekitarnya.

Ini adalah untuk mengelakkan kerengsaan dan mengelakkan kesan melecet terbentuk pada kaki. Gunakan pad silikon khas yang untuk kasut.

9. Tampalkan pelekat pada jari kaki

Lekatkan pada dua jari terakhir kaki kanan atau kiri dengan pelekat. Dengan kedudukan rapat, ia akan mewujudkan lebih banyak ruang di dalam kasut.

Percaya atau tidak, helah ini menjadikan kaki lebih selesa dan tidak perlu risau tentang melecet. Gunakan pelekat plaster atau jenis lain yang tidak mencetuskan kerengsaan atau alahan pada kulit.

10. Waspada dengan perbahan saiz kaki

Apabila usia semakin meningkat, kaki cenderung untuk memanjang dan saiz kasut bertambah apabila tendon dan ligamen meregang dan kehilangan keanjalannya.

Perubahan berat badan dan keadaan perubatan tertentu boleh menyebabkan perubahan saiz kasut. Akibatnya, ramai yang memakai saiz kasut yang salah dan sakit kaki tanpa disedari.

Baca juga: 7 Sebab Rumah Nampak Tak Kemas & Serabut, Bersih Banyak Kali Masih Sama!

Sumber: Orami

FT Image: goffkein

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×