Sebelum melahirkan anak, pelbagai persiapan yang kemas perlu dilakukan bagi mengelakkan sebarang masalah berlaku. Apabila tarikh bersalin semakin dekat, debaran yang dirasai buat para ibu akan semakin terasa terutama sekali buat ibu yang pertama kali mengandung. Mesti terdapat pelbagai tanda tanya buat ibu bapa hukum doktor lelaki yang menyambut kelahiran anak nanti?
Baca juga: [VIDEO] Kenduri Kahwin Belah Lelaki Adalah Sunat, Belah Perempuan Harus – UAI
DOKTOR LELAKI SAMBUT KELAHIRAN ANAK SEDANGKAN DOKTOR PEREMPUAN ADA
Satu perkongsian yang dimuat turun di laman Tiktok, mengenai kekeliruan masyarakat siapa yang sepatutnya sambut kelahiran anak doktor lelaki atau doktor perempuan mengikut hukum telah dijawab oleh ustaz Azhar Idrus bagi menyelesaikan kekeliruan yang timbul.
Hukum lahirkan anak dengan doktor lelaki sedangkan terdapat doktor perempuan ada.
Jika ada doktor lelaki dan juga doktor ada perempuan, wajib beranak dengan perempuan. Jika pilih yang doktor lelaki jatuh hukum haram. Hal ini kerana orang lelaki tak payah kata aurat perempuan, aurat lelaki sama lelaki pun haram tengok. Nampak.
Yang bolehnya doktor lelaki sambut kelahiran apabila tiada doktor perempuan. Itu dipanggil darurat. Barang siapa yang masuk dalam keadaan tidak boleh membuat pilihan, maka hukumnya harus dan tak berdosa.
Syaratnya bukan sengaja dan tidak berlebihan
VIDEO PENUH
@notadakwah Ustaz Azhar Idrus 📍#ustazazharidrus #dakwah #ceramah #notadakwah📍
Sumber: Tiktok notadakwah