Nur

[VIDEO] ‘Bergurau Pun Jatuh Talak’- Ustaz Azhar Idrus Jelas Hukum Bergurau Mengenai Cerai

52
SHARES

Sebelum menjalani kehidupan berumah tangga, lelaki mahupun perempuan perlu banyak mempersiapkan diri dengan pelbagai ilmu agama dan juga ilmu pengetahuan. Hal ini kerana kehidupan berumah tangga bukanlah satu perkara yang mudah dan sudah tentunya pelbagai dugaan perlu dilalui untuk merasai nikmat kebahagiaan.

Walaupun bergurau adalah satu salah cara bagi mengeratkan hubungan suami isteri akan tetapi ada gurau yang boleh menyebabkan jatuhnya talak.

Baca juga: [VIDEO]”Suami Curang Boleh Tak Minta Cerai?”-Ustaz Azhar Idrus Jelas 5 Sebab Isteri Minta Cerai Tapi Tak Dosa

ADA GURAU YANG BOLEH JATUH TALAK

Satu hantaran yang telah dimuat naik di laman tiktok mengenai ustaz Azhar Idrus menjawab satu soalan yang ditanyakan oleh jemaah iaitu suami menyanyikan lagu talak 3 adakah ia jatuh talak? Ada hadis Nabi menyebut talak adalah bukan satu benda yang boleh dibuat main-main.

Jawapnya betul. 3 perkara bergurau pun jadi, sungguh pun jadi iaitu nikah, cerai dan rujuk. Contoh dia gurau-gurau bernikah cukup syarat saksi, wali. Sah nikah.

Apabila suami bergurau-gurau talak pula isteri dia ‘Yang, yang harini anniversary kita 10 tahun berkahwin, abang nak hadiah satu. Abang ceraikan awak’. Maka jatuh talak kerana lafaz itu soreh (jelas).

Jadi dalam lagu dia ada tak sebut? ‘Ah saya telah ceraikan awak’. Kalau ada jatuh talak.

Yang tak jatuh dalam majlis taklim, majlis mahkamah dan sebagainya. Jadi ustaz mengulang-ulang lafaz tak jatuh talak apabila isteri ustaz berada di rumah. Tetapi orang lain tak boleh.

Contoh, orang tanya ‘lama tak lama bini kau’. tetapi bila suami menjawab ‘aku cerai dah isteri aku tu’. Jatuh talak. Apabila dalam drama terdapat dialog ‘aku telah ceraikan isteriku 1 talak’. Maka isteri dalam drama tak jatuh talak kerana bukan isteri dia, tetapi isteri di rumah tonton jatuh talak.

Tetapi dalam drama itu dialog dia ‘aku ceraikan kamu dengan 1 talak’. Kamu depan tu siapa? Isteri dia dalam drama, maka tak jatuh siapa-siapa pun.

Jika suami tak tahu dengan berkata begitu akan jatuh talak, ia tetap jatuh talak. Nabi kata bergurau pun jatuh talak.

Kalau nak jatuhkan talak bukan senang-senang lafaz, yang betul cukup syarat. Kalau berkata ‘aku cerai’ atau ‘aku akan cerai’ maka tak jatuh hukum lagi.

VIDEO PENUH

@anas.zkrllh

Hati – hati lepasni ramai terlepas cakap .. “bergurau lafaz talak”#ustazazharidrus #anaszkrllh

♬ bunyi asal – Anasz – Anasz

Sumber: Tiktok anas.zkrllh

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×