40 Minggu

6 Tanda Tanda Kehamilan Yang Jelas Dan Pasti. Ibu Mengandung Mesti Tahu!

562
SHARES
Tanda Tanda Kehamilan

Tanda Tanda Kehamilan

Apakah antara tanda tanda kehamilan? Bagi yang baru berkahwin, tentu sekali tidak biasa tentang tanda-tanda mengandung. Kahwin awal, maka hamil muda? Apabila tidak sedap badan, ramai berasakan tidak sihat dan terus ke klinik untuk pemeriksaan lanjut. Selalu berlaku, doktor akan memberikan berita gembira yang tidak disangka-sangka!

Berbanding yang sudah pernah mengandung, tanda-tanda ini cukup jelas dan sudah difahami. Ada yang sudah beberapa minggu, malah beberapa bulan, tidak sedar bahawa dirinya mengandung. Apa-apapun, tidak kisah samada bakal dapat bayi kembar, anak lelaki atau anak perempuan, yang penting sihat!.

Mari kita lihat, apa tanda-tanda hamil yang bakal ibu perlu tahu:

1. Haid tidak datang

Bagi yang mempunyai kitaran haid yang teratur, sekiranya ‘miss’ beberapa hari, besar kemungkinan anda perlu ke farmasi untuk membeli ‘pregnancy kit’. Usah tunggu lama-lama. Ujian kehamilan ini akan mengukur tahap hormon hCG dalam air kencing. Namun, bagi yang mempunyai haid tidak teratur, ia agak sukar untuk diagak. Walau bagaimanapun, jangan terlalu berharap jika ada tanda tanda kehamilan ini. Jumpa doktor untuk dapatkan kepastian.

2. Mual atau ‘morning sickness’

Kalau mengalami ‘morning sickness’ dan muntah-muntah, ia juga satu petanda baik. Perlu diingat, bila sudah mula muntah-muntah, badan akan terhidrat dan kurang air. Jumpa doktor untuk konsultasi dan maklumat lanjut agar kesihatan anda pada tahap optimal. Suami perlu bagi sokongan moral. Sedih sangat bila lihat isteri muntah-muntah di sinki.

Jika sudah ada tanda tanda kehamilan seperti ini, bila isteri termuntah, suami kena rajin tepuk-tepuk belakang isteri.

3. Payudara yang tegang dan sensitif

Tiba-tiba dapat rasa payudara agak bengkak. Dalam Bahasa Inggeris, ia dipanggil ‘tender breasts’ atau ‘swollen breasts’. Tampak lebih besar dan berat dari biasa. Ibu yang bakal mengandung kena pastikan pakai bra yang dapat menampung payudara dengan selesa. Walaupun tanda tanda kehamilan ini bukan yang paling jelas, ia masih lagi satu petunjuk yang seseorang wanita itu hamil.

4. Sakit kepala

Ia berlaku akibat perubahan hormon dalam badan. Gangguan pening dan sakit kepala yang sering dirasakan oleh ibu hamil sebenarnya berlaku atas faktor fizikal yang dialami seperti rasa lelah, mual, lapar dan tekanan darah rendah. Selain itu, penyebab emosional pula berkaitan dengan perasaan tegang dan’stress’. Peningkatan darah ke seluruh tubuh juga boleh menyebabkan sakit kepala bila berubah kedudukan tempat duduk.

Bila ada tanda tanda kehamilan seperti ini, walaupun tidak tahan, elakkan dari mengambil ubat-ubatan tanpa kebenaran doktor. Elakkan beli ubatan sendiri di farmasi. Lebih baik berjumpa doktor terlebih dahulu.

5. Rasa penat

Rasa ingin bermalas-malasan sahaja. Ingin baring dan berehat sepanjang masa. Ini juga berlaku akibat perubahan hormon. Tubuh badan ibu cuba menyesuaikan diri dengan kehadiran insan baru dalam badan. Peningkatan hormon progesteron juga sering dikaitkan dengan rasa penat dan lelah.  Penurunan kadar gula dalam darah dan tekanan darah rendah juga menyumbang kepada rasa kepenatan ini.

Suami jangan kata isteri mengada-ngada pula. Rasa penat itu sememangnya tanda tanda kehamilan.

6. Perubahan ‘mood’ yang ketara

Wanita hamil memiliki ‘mood’ yang mudah berubah. Suami kena tahan sahaja bila ini berlaku. Ini kerana sekejap ‘happy’ sekejap sedih. Silap-silap, suami pula kena marah tanpa sebab. Usah bimbang kerana ini adalah perkara normal yang berlaku akibat perubahan hormon. Isteri anda hanya cuba menyesuaikan tubuh badan dengan kehadiran hormon baru.

Forum RatuHati juga membincangkan tanda tanda kehamilan dalam bentuk lebih santai. ‘Forumer’ di sana mengatakan, antara tanda seseorang itu mengandung ialah:

  • Haid sahih lewat sebab saya ni haid tetap – sue
  • Badan asyik berangin sahaja – ibualya
  • Selalu rasa seram sejuk, tidak boleh langsung kena air sejuk – hani
  • Demam-demam, batuk-batuk dan selsema. Badan memang penat dan lemah sahaja. – ayu
  • Demam tiba-tiba dan puting rasa pedih bila anak menyusu. Kuantiti susu perahan juga berkurangan – niza
  • Lidah rasa pahit dan tidak ada selera makan. – najihah
  • Kerap buang air – halida
  • Rasa pemalas sangat-sangat. – fiza
  • Sakit pinggang yang amat. Serba tidak kena. Apabila sepatutnya datang haid, sakit perut sangat, kejang. – cikzura
  • Saya tidak boleh makan nasi. Jika makan, saya akan muntah – hema
  • Saya dan suami demam serentak. Tekak rasa tidak selesa.- Mrs A.H
  • Selera makan yang melampau – shazie
  • Rasa sakit berdenyut pada rahim. Mula rasa sakit yang sepatutnya jadi hari kedua haid – lovelyrose
  • Ada brown spotting (implantation bleeding) – yana
  • Seminggu sebelum period saya sudah rasa perut tegang, payudara sakit di bahagian puting dan berdenyut-denyut di sekitarnya – khailyn
  • Badan rasa panas. – ladyamal
  • Banyak air liur. Sering berludah – Kirana
  • Kulit berminyak dan berjerawat. Saya jadi sangat sensitif tidak bertempat – krsty
  • Tidak boleh tengok skrin laptop lama-lama, pening kepala dan rasa hendak muntah – iman
  • Banyak keputihan yang keluar, kemudian rasa pening macam hendak pitam – reese
  • Suami demam teruk. Sampai kawan-kawan suami cakap, isteri mengandung agaknya. Dua tiga hari saya sakit bahagian pinggang rasa cekang semacam – idayah
  • Degup nadi di perut makin ketara – lollypop
  • Suami akan ada selera yang tinggi, senang lapar, sampai saya terpaksa layan dia makan. – hana
  • Tidak suka bau goreng-goreng – Jenny
  • Instint yang kuat sangat rasa diri memang mengandung. Memang yakin sahaja walaupun belum due haid sampai beritahu suami kata dah ada ‘isi’ – chamomile
  • Keluar keputihan pekat, macam susu. Kulit bersih tanpa jerawat. – Rara

Adakah tanda tanda mengandung ini akan kekal atau hilang? Biasanya, tanda tanda kehamilan ini akan hilang pada trimester 2. Apa yang penting, tidak kisah samada anak lelaki atau perempuan, kembar ataupun tidak, yang paling penting anak kita sihat. Pastikan jaga pemakanan seharian. Lebih baik jika makan makanan ibu mengandung menurut Islam.

Ikuti senaman ibu mengandung untuk kekal cergas. Jangan makan makanan yang dilarang untuk ibu mengandung pula.

 

Kalau confirm  hamil, apa perlu buat?

Mestilah kena jaga kesihatan. Dapatkan nutrisi yang secukupnya, seperti set vitamin Healthy PreNatal.

Selamat menempuhi alam hamil dan keibuan yang cukup menyeronokkan!

 

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×