Euforia Bola 2026
Sihat

Cara Daftar Jadi Pengikrar Penderma Organ Melalui MySejahtera, Semak Kelayakan Sebelum Hantar

penderma organ

Pendermaan organ merupakan satu amalan mulia yang mampu menyelamatkan nyawa orang lain. Namun, masih ramai yang kurang jelas tentang kelayakan, proses pendaftaran serta tanggungjawab sebagai penderma organ.

Berikut adalah penjelasan ringkas dan mudah difahami untuk anda yang ingin mendaftar sebagai penderma organ di Malaysia. Sebenarnya, sesiapa sahaja boleh mendaftar sebagai pengikrar derma organ tanpa mengira umur namun, terdapat beberapa perkara asas yang perlu diketahu

Baca juga: Ibu Mengandung Alami Alahan Teruk, Hilang Selera Makan & Minum Hingga Meragut Nyawa…

NAK JADI PENDERMA ORGAN? IKUT SYARAT & INI CARANYA

PENDERMA ORGAN

Freepik

Berikut adalah syarat kelayakan untuk menjadi penderma organ:

  • Semua peringkat umur layak mendaftar
  • Individu bawah 18 tahun perlu kebenaran ibu bapa atau penjaga
  • Tidak perlu menjalani pemeriksaan kesihatan
  • Warganegara asing juga dibenarkan untuk mendaftar

Ini bermakna, proses untuk menjadi pengikrar adalah sangat mudah dan terbuka kepada semua.

Walaupun anda telah mendaftar sebagai penderma organ, satu perkara penting yang sering terlepas pandang ialah memaklumkan hasrat tersebut kepada ahli keluarga atau waris.

Ini kerana, selepas seseorang meninggal dunia, keputusan akhir masih terletak di tangan ahli keluarga.

Pihak hospital tidak akan menjalankan proses pengambilan organ tanpa kebenaran waris, walaupun si mati telah berdaftar sebagai pengikrar.

Jika keluarga sudah dimaklumkan lebih awal, beberapa perkara akan menjadi lebih mudah:

– Proses mendapatkan keizinan daripada waris dapat dilakukan dengan lebih lancar

– Ahli keluarga boleh segera memaklumkan kepada pihak hospital tentang hasrat pendermaan

– Urusan pendermaan organ dapat dijalankan dengan lebih cepat dan teratur

Dalam masa sama, pihak hospital juga akan menghormati kehendak keluarga, termasuk dalam urusan pengurusan jenazah seperti masa penyerahan.

Cara daftar derma organ melalui MySejahtera

penderma organ

Kini, pendaftaran boleh dibuat dengan mudah hanya melalui aplikasi MySejahtera. Berikut langkah-langkahnya:

1. Kemaskini aplikasi MySejahtera

2. Klik ikon “Lihat Semua”

3. Pilih menu “Ikrar Derma Organ”

4. Tekan butang “Mula”

5. Lengkapkan maklumat dan klik “Hantar”

6. Anda akan menerima pengesahan ikrar berjaya.

7. Klik ikon profil di halaman utama.

8. Semak sijil pengikrar derma organ di bahagian Kad Kesihatan.

Pendermaan organ bukan sekadar satu pilihan, tetapi satu peluang untuk memberi kehidupan kedua kepada mereka yang memerlukan.

Dengan hanya beberapa langkah mudah, anda boleh menjadi sebahagian daripada usaha menyelamatkan nyawa. Jangan lupa, selain mendaftar, maklumkan juga hasrat anda kepada keluarga agar segala urusan dapat dipermudahkan pada masa akan datang.

Baca juga: Padah Cuba Main Buaian Kanak-Kanak, Wanita Tersangkut & Terpaksa Minta Bantuan Bomba

Sumber: Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×