Satu video berdurasi kurang satu minit kini tular di media sosial apabila memaparkan situasi seorang wanita dewasa yang tersangkut buaian kanak-kanak di sebuah taman permainan.
Menerusi rakaman tersebut, wanita berkenaan dilihat memakai t-shirt berwarna hijau dan seluar hitam. Apa yang mencuri perhatian, dia kelihatan agak tenang meskipun berada dalam keadaan sukar untuk keluar daripada buaian tersebut.
Baca juga: Rebah Ketika Makan Tanpa Sebab, Mak Meninggal Secara Mengejut — “Hari Itu, Aku Rasa Aku Juga ‘Mati’”
TERSANGKUT BUAIAN KANAK-KANAK, WANITA TUNGGU BANTUAN BOMBA

Difahamkan, kejadian berlaku apabila wanita itu cuba duduk di buaian yang sememangnya direka untuk kanak-kanak. Namun, saiz buaian yang kecil menyebabkan tubuhnya tersangkut dan tidak dapat melepaskan diri.
Situasi tersebut akhirnya memerlukan bantuan pihak bomba untuk mengeluarkannya dengan selamat. Kehadiran anggota penyelamat itu dipercayai bagi memastikan tiada kecederaan berlaku sepanjang proses mengeluarkan mangsa.
Video berkenaan bagaimanapun mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan warganet. Rata-rata meninggalkan komen yang mengkritik tindakan wanita itu kerana menggunakan kemudahan permainan kanak-kanak tanpa mengambil kira faktor keselamatan dan kesesuaian.
Ada juga yang menyifatkan kejadian tersebut sebagai satu pengajaran agar orang dewasa lebih peka terhadap had penggunaan sesuatu kemudahan, terutamanya yang direka khusus untuk kanak-kanak.

“Dah besar macam ni, jangan la guna mainan kanak-kanak. Kesian yang selayaknya tak dapat naik,” komen pengguna media sosial.
Dalam masa sama, tidak kurang juga yang bersimpati dengan situasi yang dialami wanita berkenaan dan berharap orang ramai tidak terlalu cepat menghukum kerana kemalangan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.
Perkongsian ini sekali lagi menjadi peringatan kepada masyarakat supaya menggunakan kemudahan awam dengan cara yang betul dan mengikut kesesuaian, bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.
Baca juga: ‘Last Ride’ Lagi Satu Jam Sampai Rumah – Pengorbanan Ulang Alik 700KM Demi Isteri Anak Jadi Tragedi
Sumber: Yyuna098 & Shah
