Asuh

Belum Setahun, Bayi Sudah Mampu Sambung Bacaan Surah Lazim Alunan Ibunya!

29
SHARES
surah lazim

Seorang bayi berusia 8 bulan, Fahry Nedzar melahirkan kekaguman netizen terhadap sebuah video yang memaparkan kelancarannya menyambung bacaan surah lazim daripada alunan ibunya.

Baca juga: Sedih Ada Yang Kata Suri Rumah Hanya Goyang Kaki, Bertenang Ini Kunci Untuk Rasa Positif

SURAH LAZIM

surah lazim

Gambar: Tiktok @mommy.fahry

Menurut ibunya, Fatin Nur Sakinah Zolkifly, 31, dia dan suami sering mempraktikkan bacaan selawat, zikir dan ayat al-Quran sejak bayi mereka dilahirkan.

“Sejujurnya rasa tak layak nak kongsi tips ini tapi saya kongsi apa kami praktiskan dengan Fahry. Sejak dari lahir kami dah biasakan dia dengan bacaan surah lazim setiap hari.

“Mulut saya bersilih ganti selawat dan surah terutama ketika nak tidurkan Fahry sebab waktu kecil dia jenis bayi ‘high need’ tetapi mudah tenang bila dengar bacaan ayat al-Quran, azan atau zikir.

“Kiranya surah dan selawat saya dan suami baca setiap hari, lebih-lebih lagi bila dia menangis. Fahry memang sejenis automatik diam bila kami baca surah… Dia boleh tenang dan tenung mata kami,” katanya kepada Sinar Harian.

Sebelum ini video berdurasi satu minit 23 saat memaparkan adik Fahry yang kini berusia setahun lima bulan menyambung surah An-Nasr telah mendapat hampir 10 juta tontonan, lebih satu juta tanda suka dan 20,000 komen daripada orang ramai.

Menerusi rakaman tersebut, ramai ibu bapa bertanya beberapa soalan mengenai kaedah untuk mendidik anak memahami dan menghafal surah lazim.

Baca juga: Ibu Luah Rasa Kecewa Anaknya Autism ADHD Dilayan Kasar Ketika Beraya Sampai Kena Halau

Baca juga: Suami Rajin Uruskan Anak Bukan Tanda Dibuli & Isterinya Pemalas, Tapi…

Ibu tak sangka Fahry mampu menghafal surah lazim 

Mengulas lanjut, wanita berkenaan tidak menyangka anaknya mampu menghafal surah lazim yang sering dibaca sejak bayi.

“Saya tidak sangka bacaan surah ‘terakam’ dalam otak dia, bermula umur enam bulan dia mula bercakap dan bila umur lapan bulan dia sudah mula pandai sambung surah yang saya baca.

“Untuk proses ini, lebih baik kita baca sendiri daripada membuka audio di YouTube. Mula-mula baca ayat penuh kemudian baca separuh bagi dia sambung ayat belakang.

“Apabila sudah tiba masa kami akan bacakan surah dan ‘tebuk’ untuk uji hafalan Fahry. Ulang-ulang dan lama kelamaan dia akan dapat semua ayat,” jelasnya.

Baca juga: Patutlah Ramai ‘Influencer’, Sifat No. 7 Termasuk 9 Personaliti Anak BULAN MEI!

Sumber: Sinar Harian / Tiktok @mommy.fahry

FT Image: Tiktok @mommy.fahry

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×