Sugar daddy adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan seorang lelaki dewasa yang kaya dan biasanya lebih berusia. Mempunyai kedudukan kewangan yang hebat serta kaya raya menjadi mereka ‘digilai’ wanita. Disangkakan hanya berlaku di negara luar tetapi sugar daddy Malaysia juga tersenarai sebagai antara yang menjadi rebutan!
Dalam satu kajian terbaharu yang dijalankan oleh platform temu janji Seeking Arrangement, Malaysia telah disenaraikan sebagai negara ketiga di Asia dengan bilangan ‘sugar daddy’ tertinggi, iaitu seramai 32,500 orang.
Baca juga: Sekali Pandang Ingatkan Bujang, Top 8 ‘Hot Daddy’ Di Malaysia Yang Menjadi Pujaan Ramai
SUGAR DADDY MALAYSIA TOP 3 PALING RAMAI DI ASIA, RAMAI TAK SANGKA!

Foto: Freepik
Istilah ‘sugar daddy’ pertama kali muncul pada awal abad ke-20 di Amerika Serikat. Istilah ini popular dalam kalangan wanita muda yang mencari lelaki kaya yang lebih berusia untuk membantu mereka secara kewangan dan dijadikan peneman. Jadi, berikut merupakan senarai negara yang mempunyai paling ramai ‘sugar daddy’ di rantau Asia!
1.INDIA – Mendahului carta, India mempunyai bilangan seramai 338,000 sugar daddy! Nampaknya, mesti semua kelihatan seperti Shah Rukh Khan dan Salman Khan!
2.INDONESIA– Gelombang sugar daddy kedua pula dimenangi oleh Indonesia dengan jumlah seramai 60,250. Negara yang besar ini pastinya mempunyai permintaan sugar daddy yang tinggi kerana banyak jurang ekonomi dalam kalangan rakyat.
3. MALAYSIA DAN JEPUN– Seri di kedudukan ketiga dengan 32,500 jumlah sugar daddy, Malaysia dan Jepun mencetuskan perdebatan antara sugar daddy yang sukakan durian ataupun bunga sakura?
4.HONG KONG – Mencatatkan jumlah 28,300, bandar yang pesat dengan bangunan pencakar langit ini juga turut pesat dengan ‘tokey’ kaya raya yang mencari gadis-gadis untuk dijadikan peneman.
5.TAIWAN – Negara yang popular dengan minuman bubble tea ini turut mempunyai bilangan sugar daddy yang ramai iaitu 27,300 dan berada dalam Top 5.
6.VIETNAM – Berada di tangga keenam di rantau Asia tidaklah kelihatan begitu negatif buat Vietnam kerana hanya ada 12,000 sugar daddy sahaja. Mungkin hanya sekadar peneman minum kopi Vietnam yang terkenal!
7.KOREA SELATAN – Negara yang sering menyajikan wajah kacak ‘oppa’ dalam lagu dan K-Drama ini tidak mempunyai sugar daddy yang ramai iaitu hanya 8,000 sahaja. Mungkin semua gadis lebih ‘gilakan’ wajah yang kacak berbanding wang.
8.SRI LANKA – Sri Lanka tidaklah begitu terkenal sebagai negara yang menjadi wang itu segala-galanya. Terkenal sebagai pengelur teh yang besar di rantau Asia, jumlah sugar daddy di negara mereka pun hanya 5,000 orang sahaja.
9.KEMBOJA – Negara yang kaya dengan sejarah ini berada di tangga terakhir di rantau Asia dengan hanya bilangan 3,500 sugar daddy sahaja. Tidak mengapa, yang penting kaya dengan sejarah yang menjadi buah mulut sehingga beberapa generasi.

Foto: Seasia Stats
*Jadi, anda nak cari sugar daddy atau ‘syurga daddy’?
Baca juga: Berjaya ‘Tawan’ Hati Puteri Raja, Ini Serba Sedikit Trivia Tentang FD Idzham FD Iskandar
Sumber: Freepik (Foto), Instagram @seasia.stats