Proses cari jodoh bukanlah perkara yang mudah dan sangat memerlukan penelitian dari pelbagai sudut. Mungkin ramai yang sudah mencuba cara fizikal tapi tak menjadi, menyebabkan anda guna pula platform secara ‘online’. Oleh sebab itulah platform cari jodoh online popular TillJannah.my sering menjadi pilihan kerana telah berjaya menyatukan banyak pasangan.
Dalam kisah kali ini bersempena kempen Masam Masam Manis dari Sirap Limau, kami memaparkan kisah pertemuan Puan Rozeemah dan Encik Ahmad Azfar Asraf yang telah bertaut di portal TillJannah.my. Memang manis!
Baca juga: #MasamMasamManis: Suami Isteri Jangan Cepat Melatah Bila Gaduh, Pastikan Pujuk Dalam Masa 10 Minit!
BUAT AKAUN TILLJANNAH UNTUK CARI JODOH UNTUK ADIK DULU, TAPI…
Menurut perkongsian Puan Rozeemah, dia mula mendaftar untuk menyertai Tilljannah.my pada tahun 2022, di mana dia mengetahui kewujudan platform ini melalui adiknya yang mengatakan ada kawan telah bertemu jodoh menggunakan platform TillJannah. Walaupun wujud perasaan ragu-ragu pada peringkat awal tentang perkenalan secara online ini, Puan Rozeemah tolak tepi perasaan malu dan ikhtiar menggunakan kaedah ini.
Malah, kisahnya sangat menarik apabila akaun cari jodoh ini pada awalnya dibuat untuk membantu adik lelakinya bertemu jodohnya. Akaun ini dicipta untuk tengok sisi pandangan lelaki dan akhirnya asbab itu, dia memperkenalkan beberapa kenalan perempuan di Tilljannah.my kepada adiknya yang berjaya diijab kabul pada tahun 2023.
Bila ditanya mengenai kisah pertemuannya bersama suami iaitu Encik Ahmad Azfar, semuanya bermula apabila suami mula menghantar mesej ke akaun Tilljannahnya dan proses perkenalan tidak lama. Mereka bermula dengan bermesej di akaun Tilljannah.my untuk beberapa hari dan selepas itu mencari keserasian melalui panggilan telefon.
“Suami saya pula mendaftar untuk menyertai Tilljannah.my pada tahun 2023, setelah dia meneliti setiap platfrom cari jodoh yang ada, dia mendapati platform Tilljannah adalah platform yang patuh syariah,” katanya.
Apabila perkenalan yang lebih terperinci melalui panggilan telefon, mereka telah berkongsi nombor telefon dan berbalas Whatssap untuk sebulan kemudian. Setelah masing-masing serasi, pertemuan singkat telah diaturkan dan pertemuan itu telah membawa kepada proses taaruf yang seterusnya. Lebih menarik, seminggu selepas itu, suami telah mengajaknya untuk berjumpa keluarga suami manakala dia telah memperkenalkan suami kepada keluarga ketika Hari Raya Aidilfitri iaitu pada bulan April 2024.
KESERASIAN DICAPAI TAK SAMPAI SETAHUN
“Alhamdulillah Allah mempermudahkan perjalanan hubungan kami, suami telah melamar saya untuk menjadi suri hati hidupnya dan kami telah meneruskan perancangan untuk meghalalkan ikatan yang ada. Pada 2 Jun 2024 kami telah mengikat pertunangan dan pada 28 September 2024 kami telah menjadi suami dan isteri,” kata Puan Rozeemah.
Tempoh perkenalan yang tidak sampai setahun ini, bukanlah tanda aras dalam menentukan keserasian seseorang. Dia menekankan bahawa dirinya yang seusia suami iaitu 38 tahun sudah dikirakan matang dalam membuat keputusan dan keputusan itu juga berlandaskan ilham dari Allah SWT.
Puan Rozeemah turut menitipkan pesanan kepada calon yang masih mencari pasangan hidup supaya janganlah pernah putus asa kerana dirinya pernah berada di dalam situasi yang sama.
Teruskan berdoa dan jangan meletakkan kriteria yang tidak munasabah kerana jika kriteria dunia yang ditetapkan ia akan membawa kepada niat yang tidak betul dalam tujuan kita mendirikan rumah tangga.
“Saya doakan semoga calon yang masih mencari menemui jodoh yang terbaik dan doakan hubungan yang kami bina ini dilimpahi Rahmat Allah SWT, dikurniakan zuriat yang baik serta kekal bahagia hingga ke Jannah. InsyaAllah…” kata Puan Rozeemah.
Baca juga: Perkahwinan Kedua Bertemu Di Aplikasi Jodoh ‘Buka Mata’ & Lebih Manis, Elak Cari Kesempurnaan
Sumber: TillJannah.my