Suami Isteri

Suami, Tak Perlu Tunggu Banyak Duit. Bahagiakan Isteri Cara Sendiri Lebih Baik

5
SHARES
SUAMI ISTERI BAHAGIA

Jika ingin hubungan suami isteri bahagia sudah tentunya memerlukan usaha. Ia bukan hanya sebelah pihak sahaja tetapi kedua-duanya memainkan peranan penting.

Ada baiknya jika setiap pasangan suami isteri bahagia dengan cara tersendiri mengikut tahap kewangan. Tidak perlu meletakkan kehidupan rumah tangga orang lain sebagai rujukan kerana setiap orang berbeza-beza.

Baca juga: Suami Isteri Selalu Bergaduh Rupanya Sebab Rumah Kotor, Tak Sangka!

HUBUNGAN SUAMI ISTERI BAHAGIA DENGAN CARA SENDIRI

SUAMI ISTERI BAHAGIA

Menurut perkongsian Firdaus Shakirin di laman Facebooknya, jika ingin gembira bersama pasangan dan anak tidak perlu menunggu menjadi kaya atau banyak duit. Hal ini kerana setiap keseronokan boleh dinikmati dengan cara tersendiri.

“Kalau tunggu ada banyak duit baru boleh seronok, maka susahlah. Ada sikit, kita seronok la cara sikit. Nak kumpul bagi banyak pun, tapi asyik tertekan, stress, moody, bergaduh dan masam muka. Akhirnya jadi tak seronok juga,” katanya.

Tambahnya lagi, setiap orang di dalam rumah merasai penat yang berbeza-beza. Sekiranya tunggu ada duit, baru nak keluar maka orang dalam rumah boleh stes dan burn out kerana terlalu lambat.

“Si suami pergi balik kerja hari-hari, si isteri uruskan hal rumah, anak pula belajar hari-hari. Mental dan emosi setiap penghuni rumah berlainan mengikut apa yang dilalui. Tapi kalau kena tunggu ada duit baru boleh ambik suasana baru, maka masing-masing akan stres,” jelasnya lagi.

Dia turut menyatakan bahawa duit tetap akan habis sekiranya digunakan dengan cara tersebut atau tidak. Nasihat juga diberikan agar berbelanja mengikut jumlah wang yang ada.

“Duit sedikit, kita belanja cara sedikit. Duit banyak, kita belanja cara banyak. Sesuaikan sahaja apa aktiviti yang boleh dibuat,” ulasnya.

Sekecil-kecil perbelanjaan, cukup untuk masing-masing hilangkan tekanan, reset dan refresh badan. Isi minyak kereta, jalan, letak tikar, bawak lauk dari rumah dan makan tepi laut.

Balik pasti semuanya akan gembira walau sekecil-kecil momen.

Baca juga: Isteri Boros Habiskan Gaji Sendiri, Suami Serabut Kena Beli Barang Rumah

Sumber: Facebook Firdaus Shakirin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×