Asuh

Perangai Anak Boleh Dipengaruhi Pada Waktu Lahir, Anak Ibu Lahir Pagi, Petang atau Malam?

12
SHARES
SIKAP ANAK

Kata orang sikap anak berbeza-beza mengikut waktu yang dilahirkan. Walaupun ia bukanlah satu perkara yang betul namun sedikit sebanyak tetap akan mempengaruhi karakter si kecil.

Jadi, kalau nak tahu perangai anak macam mana bila dah dewasa nanti, boleh baca artikel perkongsian di bawah ini. Sama tak macam perangai ibu ayah sekarang?

Baca juga: Tips Penjagaan Rapi Tali Pusat Bayi, Boleh Jangkitan Kuman Kalau Salah Cara!

SIKAP ANAK BERDASARKAN WAKTU LAHIR

SIKAP ANAK

1. Tengah malam – 04.00 pagi

Jika si manja anda lahir pada waktu ini, ia kemungkinan mempunyai sifat peribadi yang sangat sensitif. Selain itu, mereka juga difahamkan memiliki sifat berimaginasi yang tinggi berbanding orang lain.

2. Tengah malam – 02.00 pagi

Karakter bayi yang lahir pada waktu ini pula difahamkan lebih cenderung percaya pada diri sendiri dan mudah bergaul. Antara sikap positif yang lain adalah sentiasa meletakkan keluarga pada nombor satu dan mudah memberi pertolongan kepada orang lain.

3. 02.00 pagi – 04.00 pagi

Anak yang dilahirkan pada waktu ini difahamkan memiliki keupayaan diri yang cerdas. Mereka juga pandai kemahiran komunikasi dan membuat dirinya lebih berjaya ketika memasuki alam pekerjaan.

4. Jam 04.00 pagi – 08.00 pagi

Karakter anak yang lahir pada waktu ini difahamkan memiliki sifat yang gigih. Mereka tidak pernah putus asa walau situasi tersebut sukar untuk dihadapi. Ketekunan dalam melalukan sesuatu perkara juga membuat mereka menjadi insan yang berjaya dan semua impian tercapai.

5. 8.00 pagi – 12 tengah hari

Si kecil yang lahir pada waktu ini dikatakan memiliki karakter yang optimistik dan sentiasa bersangka baik. Dia juga difahamkan memiliki bakat dalam artistik.

6. 12.00 tengah hari – 4.00 petang

Si kecil yang lahir pada waktu ini memiliki sifat energetik dan sangat kreatif. Mereka juga seorang yang kelakar dan berpengetahuan tinggi dalam segala hal.

7. 4.00 petang – 8.00 malam

Selanjutnya, karakter anak yang lahir pada waktu ini dikatakan seorang yang suka memberontak. Mereka juga lebih mudah gelisah tetapi suka sesuatu yang baharu dan mencabar dalam kehidupan.

8. 8.00 malam – tengah malam

Jika bayi dilahirkan pada waktu ini, karakter anak mungkin seseorang yang sangat dominan dan bersemangat tinggi.

Pernyataan di atas hanya kajian yang dilakukan oleh ilmu astrologi sahaja. Didikan ibu bapa juga memainkan peranan penting dalam membentuk sikap anak.

Baca juga: 12 Tips Jadi Ibu Penyabar Menurut Islam, Jangan Selalu Marah-Marah!

Sumber: Kumparan Mom

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×