Famili

10 Sifat Menarik Ada Dalam Diri Anak Nombor 4, Betul Ke Paling Kuat Merajuk?

3
SHARES

Setiap anak mempunyai personaliti berbeza-beza mengikut urutan kelahiran. Selain si sulung dan bongsu, fakta anak nombor empat juga perlu diketahui kerana difahamkan sifat mereka lebih unik berbanding orang lain.

Sekiranya anda merupakan anak nombor empat, baca artikel ini sampai habis untuk ketahui 10 fakta menarik. Ikuti perkongsian lanjut di bawah.

Baca juga: Fakta Atau Auta Anak Bongsu Paling Manja Dalam Keluarga, Adakah Anda Orangnya?

FAKTA ANAK NOMBOR EMPAT, SAMA TAK?

fakta anak nombor empat

1. Pandai tawar menawar

Kajian mendapati anak nombor empat memiliki skil dalam tawar menawar. Mereka difahamkan lebih pandai berkomunikasi dan membuat rundingan dalam sesuatu perkara berbanding orang lain.

2. Pandai jaga emosi

Fakta anak nombor empat yang seterusnya adalah pandai menjaga emosi. Hal ini kerana mereka berada di pertengah kelahiran mempunyai risiko lebih rendah untuk menghidap ADHD berbanding adik beradik lain.

Bukan itu sahaja, anak keempat juga lebih mudah mengawal emosi apabila berinteraksi dengan ibu bapa dan orang lain.

3. Berdikari

Bergelar anak keempat, mereka sering mempunyai tingkah laku yang berbeza daripada adik-beradik yang lain. Anak nombor empat difahamkan lebih suka berdikari dan mencuba sesuatu perkara baru.

4. Pandai bahagiakan diri sendiri

Sebagai anak ke-4, jika ibu bapa yang sibuk bekerja, dia akan melakukan aktiviti lain untuk menghiburkan diri sendiri. Antara aktivitinya adalah menonton TV, melukis, membaca buku dan lain-lain.

Ramai yang beranggapan bahawa anak ke-4 atau bongsu adalah yang paling kreatif daripada adik-beradik lain.

5. Pandai bergaul

Fakta pertama tentang anak ke-4 adalah anda pandai bergaul dan mudah berkomunikasi dengan orang lain. Hal ini kerana anda mempunyai ramai adik beradik yang berbeza ciri-ciri dan secara tidak langsung mampu melatih untuk bergaul dan menyesuaikan diri dengan khalayak ramai.

6. Kuat merajuk

Anak keempat dikatakan kuat merajuk berbanding adik-beradik lain. Sekiranya sesuatu perkara yang sudah dijanjikan tidak dapat, mereka pasti akan merajuk kerana ketepatan dalam segala hal amat dititikberatkan.

7. Pandai simpan rahsia

Fakta yang seterusnya adalah anda pandai menyimpan rahsia. Sekiranya ibu ayah nak tahu sesuatu daripada anak nombor empat, kena ‘korek’ sehingga mendapat maklumat.

8. Setia

Anak nombor empat memiliki sifat setia terhadap keluarga, pasangan, rakan-rakan dan barang yang mereka sayangi.

9. Lembut hati dan baik

Walaupun seorang yang kuat merajuk dan perahsia, anak nombor empat dikatakan sangat lembut hati dan baik. Mereka akan menolong orang tersayang walau apa jua keadaan.

10. Tak suka meminta-minta

Akhir sekali, perangai anak nombor empat adalah tidak suka meminta-minta. Jika inginkan sesuatu, mereka akan berusaha sehingga dapat tanpa menyusahkan sesiapa sahaja.

Jadi, anak nombor empat di luar sana, setuju tak dengan perkongsian ini?

Baca juga: Jangan Biarkan Anak Jenis Sensitif Jadi Mangsa Buli Di Sekolah, Ikut 8 Tips PENTING ini

Sumber: Orami & Motherhood

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×