40 Minggu

Ibu Sebak Bila Bayi Dalam Kandungan Alami ‘Missing Finger’, Disahkan Semasa Ultrasound

30
SHARES
bayi dalam kandungan

Membuat pemeriksaan bayi dalam kandungan iaitu ultrasound merupakan proses yang penting buat si ibu. Melalui pemeriksaan, ibu dan ayah dapat mengetahui keadaan terkini bayi sehingga boleh melihat bentuk anggota badan mereka sama ada sempurna atau tidak.

Namun, berbeza dengan perkongsian ibu di laman Tiktok ini apabila luluh hatinya mengetahui bayi dalam kandungan disahkan mengalami ‘missing finger’ pada tangan kanan. Begitu besar ujian dari Allah SWT..

Baca juga: 7 Tragedi Culik dan Bunuh Kanak-Kanak Pernah Menggemparkan Malaysia, Sebak..

BAYI DALAM KANDUNGAN DISAHKAN ‘MISSING FINGER’ SEMASA SCAN

bayi dalam kandungan

Semasa proses ultrasound.

Menurut Amira Bongsu, 30, perkara itu diketahui ketika kandungan si ibu berusia 27 minggu sewaktu melakukan imbasan ultrabunyi. Dia dan suami terkilan sebaik mengetahui perkara itu namun mereka kekal positif dan berharap paparan skrin yang ditunjukkan adalah tidak benar.

Malah, ibu turut menceritakan bahawa ketika mengandungkan tiga orang kakak bayi ini, dia tidak pernah buat imbasan kandungan. Namun, kandungan kali ini berbeza apabila dia terdetik rasa untuk melakukan proses imbasan.

“Seolah-olah ALLAH SWT nak tunjuk sesuatu. Memang sangat terkejut masa itu tetapi saya dan suami fikir positif serta berdoa semoga ada keajaiban yang berlaku,” menurut laporan Sinar Harian.

Perkara pertama yang menjadi tumpuan ibu setelah melahirkan bayi bernama Muhammad Syauqi Mateen adalah tangan kanan anak bongsu daripada empat beradik itu. Luluhnya hati seorang ibu apabila melihat keadaan tangan anaknya tersebut kerana mengagumi ciptaan ALLAH.

“Masa itu… tidak terkata. Hanya air mata yang mengalir laju. Alhamdulillah lahir sahaja Muhammad Syauqi Mateen, saya terus maklumkan kepada keluarga mengenai keadaannya.”

“JARI ADIK ADA DI SYURGA KAN?”

bayi dalam kandungan

Foto bayi alami missing finger.

Dalam kesayuan tersebut terselit juga kegembiraan dari anak-anak lain serta keluarga apabila mereka semua banyak memberi sokongan dan sentiasa positif . Anak keduanya, Shasha Maisarah, 5 tahun cakap ‘jari adik ALLAH SWT simpan di syurga, kan mummy‘ membuatkan hatinya luluh dan terharu dalam masa yang sama.

Dalam pada itu Amira memaklumkan, tiada apa yang hendak dimalukan dengan kekurangan yang dimiliki kerana ia merupakan amanah daripada ALLAH SWT. Ujarnya, ibu bapa yang turut mengalami situasi sama perlu sentiasa tabah dan mengabaikan perkara atau percakapan negatif orang sekeliling.

“Apa pun keadaan anak kita, terimalah dengan hati yang terbuka kerana ia terlahir dari rahim kita. Abaikan kata-kata kurang menyenangkan kerana anak perlukan sokongan kita sebagai ibu dan ayah.

“Istimewanya kita sebagai penjaga ahli syurga dan betapa istimewanya kita menjadi orang yang diharapkan ALLAH SWT untuk menjaga amanah-Nya,” katanya.

*InsyaAllah syurga buatmu adik dan nanti di sana akan lengkap semuanya, aamin..

@amierahb doakan yang baik baik buat anaknda muhammad syauqi mateen #kisahsyauqi #anaksyurga #istimewa ♬ bunyi asal – Nur Farhana

Baca juga: Kantin Sekolah Ini Sediakan Makanan Versi Sihat, Dipuji Ramai Dan Harus Jadi Contoh!

Sumber: Tiktok @amierahb, Sinar Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×