Sihat

Bukan Sebab Kolesterol, Tapi Ini Sebenarnya Punca Sakit Kepala Lepas Makan Daging…

28
SHARES
sakit kepala

Menjelang musim Syawal ini, hidangan daging telah menjadi juadah wajib ada di setiap rumah. Pergilah ziarah ke mana-mana rumah pun, pasti menjumpai daging sama ada rendang ataupun gulai. Tapi masalahnya, apabila terlalu banyak makan daging, pasti kita akan berasa sakit kepala.

Ramai kaitkan sakit kepala lepas makan daging ini dengan kolesterol naik tapi tahukah anda sebenarnya ada punca lain. Ada juga mengatakan tekanan darah naik tapi jawapannya adalah pada keadaan daging itu. Jadi, tanpa buang masa ikuti perkongsian penulis mengenai punca sakit kepala lepas makan daging!

Baca juga: Buntu Apa Nak Masak Selain Ayam Dan Ikan? Cuba 5 Resipi Daging Ini, ‘Confirm’ Tak Menyesal!

PUNCA SAKIT KEPALA LEPAS MAKAN DAGING, BUKAN SEBAB KOLESTEROL

1. KETAHANAN BADAN YANG BERBEZA

sakit kepala

  • Setiap manusia mempunyai ketahanan badan yang berbeza. Disebabkan itu, ada orang yang tidak langsung mempunyai masalah apabila makan daging dalam kuantiti yang banyak. Ini kerana mereka mempunyai perut yang tahap sensitif dan alahannya rendah.
  • Ada juga orang yang memiliki perut sangat sensitif. Walaupun hanya makan daging satu sudu kecil, mereka dah boleh mengalami sakit kepala yang melampau! Ada yang sampai berguling-guling sedangkan kawan sebelah makan daging berketul-ketul tapi tiada kesan pada dirinya.
  • Ada juga kes di mana kulit kemerahan disebabkan oleh ekzema yang berpunca daripada daging. Apabila situasi seperti ini berlaku, individu akan menjadi trauma untuk makan hidangan daging di masa akan datang.

2. FAKTOR DAGING

  • Alahan Tyramine

sakit kepala

Tyramine merupakan bahan saraf yang terhasil jika makanan terdedah dalam tempoh masa yang lama. Tyramine boleh membuatkan tekanan darah meningkat dan selanjutnya individu akan mengalami migrain.

Contoh makanan tinggi tyramine adalah daging lama, cheese lama, organ hati ayam, pisang, koko dan coklat. Untuk pengetahuan anda, semakin lama makanan terdedah, maka makin tinggilah kandungan tyraminenya. Tambahan, lebih banyak anda makan makanan ini, maka lebih tinggi risiko untuk mengalami sakit kepala.

  • Alahan Histamin

sakit kepala

Jika anda mengambil makanan tinggi bahan saraf semulajadi histamin, badan akan menjadi lebih sensitif. Kesannya, individu yang mempunyai ekzema akan menghadapi kulit kemerahan manakala mereka yang ada angin GERD akan kerap sendawa dan kentut berpanjangan. Malah, migrain menjadi lebih teruk.

Dari segi Sains, bahan kimia dan logam berat yang terkandung dalam makanan haiwan ini boleh mengacau hormon serta meningkatkan histamin dalam badan haiwan tersebut. Kesannya akan dialami oleh individu yang makan haiwan ini.

Kesimpulannya, daging memang memiliki bahan kimia semulajadi yang boleh menyebabkan reaksi alahan. Boleh makan daging, namun anda perlulah mengawal kuantiti pengambilan supaya tidak mengalami sakit kepala yang teruk. Disarankan supaya anda makan daging segar organik jenis free range iaitu lembu kampung yang hanya makan rumput di tepi sawah.

Sumber: Facebook Hafiz Sulaiman Guru Ekzema & Alahan & Lima minit

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×