Deko & Hias

7 Sebab Rumah Nampak Tak Kemas & Serabut, Bersih Banyak Kali Masih Sama!

23
SHARES
rumah bersepah

Rumah bersepah adalah perkara biasa yang dihadapi semua orang. Namun, adakah anda pernah merasakan tidak kira berapa banyak usaha yang dilakukan untuk mengemas, rumah anda masih sahaja tidak pernah kelihatan kemas?

Mungkin terdapat beberapa perkara yang menjelaskan huru-hara itu. Justeru itu, mari ikuti beberapa tips berguna daripada penganjur profesional tentang perkara yang perlu dilakukan mengenainya.

Baca juga: Tips Mop Lantai Tanpa Ada Kesan Air (Watermark) Lepas Kering, Ini Rahsianya!

RUMAH BERSEPAH INI 7 SEBABNYA

rumah bersepah

Gambar: freepik

1. Sinki dipenuhi perkakas dapur

Sinki yang penuh dengan perkakas dapur bukan sahaja kelihatan tidak sedap dipandang, malah mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. Jadi, selesaikan isu ini secepat mungkin.

Adalah lebih bagus untuk anda membina tabiat mencuci perkakas dapur sebaik sahaja digunakan. Jika terlalu sukar untuk membersihkan perkakas dapur setiap kali dipakai, pastikan sebelum tidur malam sudah tiada pinggan mangkuk di dalam singki.

2. Permainan yang bersepah

Rumah yang mempunyai anak kecil, agak mencabar untuk memastikan rumah sentiasa kemas, namun ia bukanlah perkara mustahil. Antara solusi terbaik bagi menghindari permainan anak-anak bersepah adalah dengan menyediakan bekas penyimpanan.

Tidak semua orang mempunyai masa untuk mengemas setiap hari, tetapi anda mempunyai masa untuk mengutip mainan dan meletakkannya di dalam bekas penyimpanan. Boleh juga mendidik anak anda untuk disiplin dan mengemas permainan selepas bermain.

3. Tidak kemas katil

Bilik tidur anda akan sentiasa kelihatan bersih jika katil anda dikemaskan. Ia hanya mengambil masa seminit dan memberi impak yang besar.

Katil yang kemas boleh mempengaruhi mood untuk keseluruhan rumah. Bukan sahaja bilik tidur akan kelihatan lebih bersih, malah anda akan berasa lebih baik sebelum tidur.

Baca juga: Ini Cara Mudah Baiki Periuk Nasi Elektrik Yang Lampunya Rosak Tak Menyala!

Baca juga: 2 Cara Mudah ‘Alter’ Baju Berlubang Akibat Seterika Panas, Terus Boleh Pakai!

4. Tiada bakul baju kotor

rumah bersepah

Gambar: user15285612

Rumah akan dipenuhi longgokan baju, sekiranya anda mengamalkan sikap malas untuk menggantungnya atau meletakkan baju di dalam bakul dobi.

Jadi, untuk mengelakkan ruang berselerak, anda dinasihatkan supaya jadikan kebiasaan untuk meletakkan pakaian di dalam bakul dobi selepas memakainya. Ia hanya mengambil masa beberapa saat dan mencapai perbezaan yang besar.

5. Barang yang tiada tempat simpan

Apabila sesuatu barang tidak mempunyai tempatnya, ia sering berakhir di tempat-tempat yang rawak sehingga mewujudkan ‘semak’ di seluruh ruang rumah. Jika anda meluangkan masa untuk mengemas, anda perlu tahu di mana untuk meletakkan barang-barang terkumpul tersebut.

6. Simpan barang melebihi had ruang

Setiap rumah pastinya mempunyai ruang yang terhad untuk menyimpan barang yang banyak. Oleh itu, jika anda mempunyai terlalu banyak barang yang tidak digunakan adalah penting untuk membersihkannya dengan kerap.

Sukar untuk mengemas apabila terdapat terlalu banyak barang di dalam ruang yang terhad.

7. Tiada sistem mengemas rumah

Salah satu masalah utama rumah yang tidak kemas adalah kekurangan sistem yang berkesan. Dengan melaksanakan strategi yang praktikal, mewujudkan rutin harian dan mengemas secara berkala, anda boleh mengubah ruang rumah menjadi lebih teratur dan tidak akan menjadi kucar-kacir secepat mungkin.

Contohnya, letakkan anak-anak bertanggungjawab untuk membersihkan bilik mereka. Buat rancangan untuk menyusun dapur anda setiap hari ketiga. Bersihkan bilik mandi setiap bulan.

Baca juga: Baca juga: Menantu Kongsi Tips Simpan Barang Di Rumah Mentua, Kemas Elok Je Tak Sakit Mata!

Sumber: Real Simple

FT Image: freepik

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×