Dapur

Resipi Kuih Lapis Tradisional Dari Chef Asma, Mudah & Confirm Jadi

8
SHARES

Bulan Ramadan sudah dua minggu berlalu. Bulan Ramadan juga bulan yang membawa nostalgia kepada kita. Mesti ramai yang merindui kuih air tangan ibu di rumah. Tidak kurang juga, lauk pauk dan kuih tradisional yang muncul kembali di bazar dan menjadi pilihan sebagai juadah berbuka.

KUIH LAPIS PALING MUDAH

Kuih talam merah adalah kuih kegemaran yang menjadi pilihan ramai. Tekstur dan rasa kuih yang lembut dan manis membuatkannya disukai ramai. Jom cabar diri anda memyediakan kuih lapis merah perkongsian dari Pakar Kuih Talam Malaysia, Chef Asma di rumah untuk jamuan anak-anak.

Baca juga : Resepi Kuih Manisan Orang Banjar, Unik & Sedap Tapi Makin Dilupakan

RESEPI KUIH LAPIS MERAH

Bahan 

  • 320 gram gula pasir
  • 350 gram tepung beras
  • 120 gram tepung gandum
  • 2 sudu tepung ubi
  • 500 ml santan
  • 1200 ml air
  • 2 helai daun pandan
  • 2 sudu kecil garam
  • perisa ros (secukupnya)
  • pewarna merah (secukupnya)

Cara pembuatan

  1. Cairkan gula pasir dan garam dengan air di atas dapur.
  2. Campurkan tepung gandum, tepung beras dan tepung ubi. Tepung ubi digunakan untuk memberi efek berkilat pada kuih lapis.
  3. Masukkan santan ke dalam adunan dan kacau.
  4. Apabila gula telah cair, tuangkan ke dalam adunan dan kacau sebati.
  5. Bahagikan adunan kepada dua bahagian, putih dan merah.
  6. Warnakan satu bahagian adunan dengan perisa ros dan pewarna merah. Satu lagi adunan dibiarkan putih.
  7. Kukus setiap lapisan secara seling seli, bermula dengan adunan putih selama 10 minit.
  8. Lap wap air yang menitik di lapisan kuih untuk elak kuih lambat kering dan lapisan kuih tidak melekat.
  9. Selepas selesai semua lapisan, sejukkan kuih lapis sebelum memotong.

Tonton video penuh membuat kuih lapis di Youtube Sirap Limau Official. 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×