Dapur

Resipi Red Ruby Thai Guna Bunga Telang, Warna Lain Dari Yang Lain

43
SHARES

Kalau makan di restoran Thai, sudah semesti saya akan pesan pemanis mulut Thai ini. Diberi nama Tub Tim Grob atau lebih dikenali sebagai Red Ruby, ia diperbuat daripada sengkuang cina yang disalut tepung ubi, kemudian dihidangkan bersama kuah santan berais dan hirisan nangka. Sudah pasti ia melegakan tekak yang haus dan kering.

Dinobatkan sebagai World’s 50 Best Dessert by CNN Travel 

Dari segi rasa, Red Ruby mempunyai kemanisan daripada sirap gula, liat dan rangup dari sengkuang bersalut tepung ubi dan sedikit masin daripada santan. Sudah diakui enak oleh dunia, CNN Travel menobatkan Red Ruby sebagai dessert terbaik di dunia bersama-sama cendol dan pulut mangga.

Resipi Red Ruby Bunga Telang 

Ingin membawa kelainan, resipi Red Ruby ini digubah semula dengan pewarna dari ekstrak bunga telang. Bunga telang kaya dengan pelbagai khasiat seperti meremajakan kulit, menurunkan tekanan darah, sumber antioksidan dan juga mampu hilangkan stress.

Bahan-bahan :

Sirap Gula

  • 1 cawan air
  • 1 cawan gula
  • 2 helai daun pandan (diikat)

Kuah Santan 

  • 1 kotak santan (boleh dicampur sedikit susu cair)
  • Secubit garam
  • Air (jika tidak mahu tekstur terlalu pekat)

Red Ruby

  • Sengkuang cina (dikupas) / boleh digantikan dengan sengkuang biasa
  • Tepung ubi
  • Air ekstrak bunga Telang (20 kuntum bunga)

Cara-cara : 

  • Sengkuang dikupas dan dipotong dadu. Satukan sengkuang bersama air ekstrak bunga telang dan tunggu 5 minit.
  • Ekstrak air bunga telang dengan rendamkan bunga telang di dalam air panas, tunggu 5 minit.

  • Tos sengkuang dan gaulkan dengan tepung ubi.
  • Tapiskan lebihan tepung dan masukkan sengkuang yang disalut ke dalam air mendidih.
  • Tos sengkuang apabila timbul dan masukkan dalam air berais untuk sejukkan.

  • Hidang sengkuang bersama kuah santan berais, sirap dan hirisan nangka.

Boleh tonton video penuh resipi Red Ruby di platform Youtube Sirap Limau. Subscribe sekali tanda sokongan kepada content kami!

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×