Sudah menjadi lumrah, jika anak demam, selesema dan batuk pasti ibu bapa risau dan tidak senang duduk. Tambah pula wabak Covid-19 yang melanda, sudah tentunya membuatkan mereka lebih berwaspada jika anak-anak bergejala.
Selain berjumpa pakar, ibu bapa juga boleh cuba resepi sup anak demam yang dikongsi oleh Puan Ainini Zainal di laman Facebook. Sup demam tersebut boleh meningkatkan imuniti badan anak. Berikut adalah perkongsiannya.
Baca juga: Kurangkan Buang Kulit Bawang Merah Sebelum Masak, Banyak Khasiatnya!
RESEPI SUP UNTUK ANAK DEMAM, SELESEMA & BATUK
Allah izinkan, sejak 9 tahun lepas, anak saya sembuh demam, selesema, batuk tanpa pengambilan apa-apa ubatan lain, hanya makanan semulajadi yang bersifat antivirus, antibacterial dan antiinflammatory (antiradang).
Pengambilan makanan less processed, antiradang, bersifat immune boosting dan bebas daripada bahan-bahan sintetik/tiruan memudaratkan seperti MSG, gula putih, pewarna tiruan daripada junkfood, fastfood (yang jika lihat kajian, terlalu banyak kesan sampingannya), dapat berikan peluang lebih besar untuk lebih mudah sembuh secara sihat.
Bila anak kurang sihat, antara yang saya berikan adalah:
- Madu.
- Habbatus Sauda.
- Minyak Zaitun.
- Minyak kelapa.
- Air kelapa tanpa gula.
- Singgang.
- Broth Soup.
Resipinya di sini. Semua bahan di bawah sangat berkhasiat. Gunakan, ya. Chicken broth soup Ainini Zainal.
- 1 labu bawang putih.
- 2 biji bawang besar.
- 3 inci halia.
- 2 inci kunyit.
- ¼ biji labu.
- 1 biji lobak merah.
- Organic Shiitake Mushroom (optional).
- Apa apa sayuran hijau.
- 1 mangkuk kaki ayam atau ayam bahagian tulang.
- 2 liter air.
- 1 biji tomato
- 1 sudu besar perahan lemon atau 1 asam keping.
- 1 sudu besar Garam Himalaya.
- Organic.celery, jika ada.
Reneh semua bahan di atas dengan api paling kecil selama 2-4 jam atau guna slow cook dan masak 2-4 jam. Jika anak ada Ekzema, reneh paling lama 1 jam setengah kerana ia MSGsemulajadi akan keluar dalam sup bila direneh lama.
Setelah siap, tapis dan minum supnya. Boleh guna sup ini dalam bubur, sup sayur, nasi ayam dan sebagainya. Tahan di bahagian Chiller selama 4-5 hari. Tahan di peti sejuk sehingga 3 bulan. Buat dalam bentuk kiub, tuang dalam acuan, bekukan pun boleh. Nak masak, ambil je beberapa kiub.
**MSGsemulajadi pun sensitif bagi yang ada ekzema, bayangkan kalau kita kerap bagi anak makanan ada MSG atau guna serbuk perasaMSG, kiub masakan komersial tinggi MSG dalam masakan?
Sumber: Facebook Ainini Zainal