Sihat

Kurangkan Buang Kulit Bawang Merah Sebelum Masak, Banyak Khasiatnya!

991
SHARES

Bawang merah atau nama saintifiknya allium cepa L merupakan sejenis tumbuhan yang termasuk dalam kumpulan Liliaceae yang tumbuh di Eropah, Asia, Amerika Utara dan Afrika. Bawang merah digunakan dalam setiap masakan untuk menambah rasa sedap dan aroma yang wangi.

Seperti anda semua tahu, bawang merah mengandungi banyak khasiat untuk kesihatan tubuh badan. Namun, perlu diingatkan untuk mendapat khasiat bawang merah, lebih baik makan secara mentah seperti perkongsian Dr Suri Roowi ini.

Baca juga: Rupanya Ada Jenis Rumput Boleh Rawat Masalah Gastrik, Dijadikan Ulam

KURANGKAN BUANG KULIT BAWANG MERAH SEBELUM MASAK

Jelas Dr Suri Roowi, bawang boleh membantu dalam merawat masalah seperti ulser, saraf, darah tinggi dan juga ia merupakan agen antikanser serta bertindak sebagai antioksiden.

bawang merah

Bawang merah untuk masalah kelakian, darah tinggi dan stroke? Ramai mungkin telah maklum bahawa bawang adalah antara sumber berkhasiat dalam dapur kita. Terdapat kajian oleh Saintis bahawa bawang membantu masalah ulser, masalah saraf, antiviral, antiradang, athma, membantu masalah jantung, darah tinggi dan sebagai agen antikanser. Selain bertindak sebagai antioksidan

Seperti juga halia, bawang juga boleh tingkatkan hormon testosterone (hormon lelaki) – bagus untuk masalah kelakian. Kajian pada tahun 2012 ke atas tikus, mendapati pemberian jus bawang segar selama 4 minggu meningkatkan hormon testosterone

bawang merah

Quercetin adalah antara bahan berkhasiat dalam bawang. Bahan ini tinggi dalam kulit luar bawang diikuti dengan lapisan dekat kulit luar. Namun, biasanya bahagian ini dibuang sebelum memasak.

DAPAT MENGURANGKAN RISIKO STROKE

Tambahnya lagi, kulit luar bawang yang dikeringkan mengandungi khasiat Quercetin dan ia bertindak untuk mengurangkan risiko serangan stroke.

Kulit luar bawang (yang kering) sebenarnya mengandungi bahan berkhasiat Quercetin. Bahan ini lebih mudah serap ke dalam darah Bahan ini bertindak sebagai antidarah tinggi dan kurangkan risiko stroke. 

Di pasaran, terdapat juga produk teh menggunakan kulit bawang. Teknik merebus atau “masak air” boleh hilangkan khasiat bawang sehingga 22% manakala menumis @ menggoreng bawang boleh kurangkan khasiat sehingga hampir 30%

Justeru, minimakan buang kulit bawang sebelum dimasak dan makan bawang mentah  untuk mendapatkan khasiat yang banyak. Dan bagi sesiapa yang ada masalah penghadaman, perlu kurangkan makanan yang tinggi sulfur seperti petai dan bawang mentah. Makan ikut kadarnya.

Sumber: Facebook Dr Suri Roowi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×