Sihat

Rupanya Ada Jenis Rumput Boleh Rawat Masalah Gastrik, Dijadikan Ulam

24
SHARES

Siapa pernah kena gastrik? Gastrik atau angin medu ialah penyakit angin yang membuatkan perut tidak selesa dan sakit. Selain berjumpa doktor, gastrik juga boleh dirawat dengan petua tradisional dengan menggunakan tumbuhan yang ada sekitar rumah. Wah, rupa-rupanya ada juga rumput yang memberi manfaat. Nak tahu apa? Ikuti perkongsian di bawah.

Baca juga: Elak 5 Makanan Ini Yang Boleh Menyebabkan Kanser, Bahaya!

RUPANYA ADA JENIS RUMPUT BOLEH RAWAT MASALAH GASTRIK

Sis nak share sejenis rumpai yang kebetulan tumbuh di kawasan rumah sis..(spesis rumput…tidak berdahan atau berbatang) Kebetulan lepas cucuk sis alami gerb atau medu atau gastrik.. 

Ada seorang pakcik bagitahu pokok ni sesuai untuk penyakit tersebut dan jugak sesuai untuk ibu-ibu yang mengalami meroyan. Pokok ni di kampung sis orang panggil pokok/akar kerak nasi..spesis rumput tapi berbunga-bunga.

Cara-caranya:

– Basuh bersih-bersih rumput ni

– Time nasi nak masak. Switch dah off. Letak sahaja rumput ni

– Letak dalam 5 hingga 10minit. Dah kecut, keluarkan. Boleh dimakan dengan nasi sebagai ulam.

Menjengah ke ruangan komen, ada juga yang mengguna daun rumput tersebut untuk merawat bayi kurap susu dan dicampurkan dengan bedak sejuk.

Selamat mencuba!

Sumber: Facebook Syirahimie Azmie

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×