Sihat

Elak 5 Makanan Ini Yang Boleh Menyebabkan Kanser, Bahaya!

73
SHARES

Kanser merupakan antara penyakit yang tidak memberi amaran sebelum menyerang. Hal ini terbukti apabila ada yang membuat pemeriksaan kesihatan dan baru mengetahui telah menghidap kanser. Antara punca terbesar yang menyumbang kepada penyakit kanser ialah pemakanan yang tidak sihat. Seperti perkongsian Nutritionist ini, terdapat lima makanan yang boleh menyebabkan kanser terjadi.

Baca juga: Doktor Kongsi 5 Cara Hilangkan Sakit Tekak Sebelum Lebih Teruk

ELAK 5 MAKANAN INI YANG BOLEH MENYEBABKAN KANSER

Sebenarnya banyak makanan yang boleh meningkatkan risiko masalah kanser bukan terhad kepada biskut sahaja ia lebih dikenali sebagai karsinogen atau penyebab kanser. Apa antara makanan yang boleh menjadi penyebab kanser:

1. DAGING YANG BERPROSES

Kaedah daging yang berproses akan menghasilkan penyebab kanser iaitu polisiklik aromatik hirokarbon (PAH). Kaedah masakan seperti pembakaran, suhu pembakaran, proses pengasapan, tahap pengasapan, kandungan lemak, dan pengambilan yang kerap akan mempengaruhi risiko kesihatan kepada pengamalnya. Antara contoh makanan seperti sate, hot dog, salami, sosej dan sebagainya.

2. MAKANAN YANG BERGORENG

Apabila makanan yang mengandungi kanji yang didedahkan dengan suhu yang tinggi akan menghasilkan acrylamide. Acrylamide akan terbentuk ketika proses memasak dengan jangka masa yang lama atau suhu yang tinggi. Ia akan mengganggu sistem saraf dan meningkatkan risiko kanser. Antara contoh makanan seperti kentang, produk bijirin, roti bakar, kopi dan sebagainya.

3. MAKANAN YANG TERLEBIH MASAK

Ini selalunya terdapat kepada kaedah masakan seperti barbeque, deep frying, bakar dan lain-lain. So, untuk kurangkan risiko kanser anda boleh cuba gunakan kaedah yang lain seperti rebus, kukus, gunakan ketuhar gelombang mikro atau air fryer, baking atau bakar dalam suhu yang lebih rendah, atau balutkan makanan dengan daun pisang, aluminium foil atau lain-lain.

4. MAKANAN TINGGI GULA & KARBOHIDRAT RINGKAS

Makanan ini bukan hanya boleh meningkatkan risiko diabetik atau kencing manis tetapi ia juga akan meningkatkan kesan keradangan dan oksidative stress. Nak lebih baik terhadkan pengambilan ini dan banyakkan pengambilan karbohidrat kompleks.

5. ALKOHOL

Minuman alkohol akan dicerna oleh hati kita dan bertukar menjadi acetaldehyde. Acetaldehyde ini jika diambil secara banyak dan berterusan boleh merosakkan DNA dan oksidatif stress. Ini akan meningkatkan risiko masalah kanser.

Jadi secara kesimpulannya, untuk mengawalkan risiko ini, kita perlu ambil inisiatif untuk menghadkan pengambilan makanan atau cuba gunakan kaedah yang lebih sihat. Cuma perlu diingatkan, sebaik mana pon makanan tersebut perlu diambil secara bersederhana.

Sumber: Facebook Syaza Nutritionist

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×