Dapur

Resepi Sambal Hitam Mudah & Paling Ekspres. Tetap Sedap!

1K
SHARES

“Aduh terliur pulak tengok sambal hitam ni lalu dekat wall tadi. Dahlah susah nak cari. Kalau tengok mak buat selalunya mau berejam lamanya…”

Sesekali tu teringin juga nak makan sambal hitam ni. Kalau ikut resepi sambal hitam original sememangnya kena masak belimbing tu berjam-jam lamanya kan.

Tapi kalau dah teringin sangat dan susah pulak nak ada masa untuk buat macam tu, boleh cuba cara ekspres macam yang ditunjukkan oleh Puan Aida Husin ni.

Memang mudah dan cepat. Sesuailah untuk ibu-ibu yang tak ada banyak masa di rumah. Bagi ‘lepas’ tekak sendiri, kira dah ok sangat lah tu kan?

Jom kita tengok resepi sambal hitam simple ni di bawah.

Resepi Sambal Hitam Mudah & Paling Ekspres. Tetap Sedap!

Sebab tiba-tiba teringin nak makan masa dinner, saya belasah je buat stail ekspres. Memasak tu kan seni. Hihi.

Bahan-bahan

  • *Bawang besar
  • *Bawang kecil
  • *Bawang putih
  • *Cili api
  • *Belimbing
  • *Chilli flakes (guna yang beli siap atau buat sendiri)
  • Ikan bilis
  • Garam
  • Perasa / Kicap / Sos Tiram

Cara-cara

Mudah je kan bahannya. Yang penting kena ada belimbinglah, baru jadi sambal hitam.

Kuantiti bahan tu boleh agak-agak ikut macam dalam gambar tu.

Ok. Ini pulak cara nak membuatnya.

1. Kisar

Mula-mula masukkan semua bahan bertanda * di atas ke dalam blender.

Mungkin ada yang tanya, chilli flakes ni ada jual yang dah siap, macam saya guna jenama Padu ni. Kalau tak ada, boleh kisar cili kering tu sikit atau guna serbuk cili. Ikut taste masing-masinglah ye.

2. Tumis

Bila dah siap blend, lepas tu tumiskan aja semua bahan tu dalam kuali.

3. Goreng Bilis

Sambil tu gorengkan ikan bilis sampai rangup.

Nak goreng dulu bilis lepas tu baru tumis dalam kuali dan minyak yang sama ni pun boleh.

4. Masukkan Bilis Yang Dah Ditumbuk

Lepas dah tumis pecah minyak, boleh masukkan bilis yang dah digoreng tadi.

Sebelum tu, tumbuk sikit bilis yang dah digoreng tadi guna lesung, tapi tak payah hancur sangat. Boleh tengok macam gambar dekat bawah ni.

5. Perasakan

Akhir sekali, bolehlah perasakan dengan garam, kicap, sos tiram dan serbuk perasa kalau suka.

Gaul sebati dan siaaaaaaappppp.

Sedap Juga Kan!

Hah senang kan? Dah siap pun sambal hitam paling mudah dan ekspres ni.

Tapi janganlah compare dengan yang original tu tau. Sebab ni kira cara yang shortcut untuk mak-mak yang nak cepat macam saya.

Bolehlah buat tekak yang dah teringin sangat tu… Alhamdulillah saya rasa ok, sedap! Makan dengan nasi panas je pun dah cukup memyelerakan.

Selamat mencuba!

*Resepi sambal hitam ini dikongsikan oleh Puan Aida Husin menerusi Facebook. Ia telah disu ting dan diterbitkan semula dengan kebenaran.

Most Popular

To Top