Famili

Rasa Nak Makan Roti Bakar? Cuba 6 Resipi Ini, Mudah & Confirm Tak Hangit!

36
SHARES
resepi roti bakar

Walaupun anak-anak masih berada dalam tempoh cuti sekolah, makanan untuk sarapan masih perlu disediakan. Sarapan inilah yang paling penting untuk membekalkan tenaga buat anak-anak di rumah sebelum mereka makan tengah hari. Jadi, menu paling senang untuk disediakan adalah roti bakar! Tapi ada tak resepi roti bakar yang best best ye?

Sudah semestinya ada! Berikut merupakan 6 koleksi roti bakar yang nampak eksklusif tetapi sebenarnya menggunakan bahan yang mudah belaka.

KOLEKSI RESEPI ROTI BAKAR NAMPAK EKSKLUSIF TAPI SENANG!

1.ROTI BAKAR TELUR GOYANG

resepi roti bakar

-Roti, cheese, telur.

-Lenyek bulat di bahagian tengah roti.

-Tabur cheese di sekeliling bahagian roti.

-Letak telur di tengan roti dan set suhu 180’c selama 17 minit.

2.ROTI JAGUNG CHEESE

resepi roti bakar

-Roti, hirisan chicken ham, jagung, cheese.

-Campur sebati chicken ham, jagung dan mayo.

-Lenyek bahagian tengah roti.

-Ratakan bahan tadi ke atas roti, lapis cheese di atas.

-Set suhu 180’C selama 15 minit.

3.ROTI BAKAR GULA

resepi roti bakar

-Roti, butter, gula

-Hiris roti secara petak, hiris sedikit sahaja.

-Tuang butter (dicairkan) keseluruhan permukaan roti.

-Tabur gula di atas, bakar 180’C selama 10 minit.

4.ROTI BAKAR BLUEBERRY

resepi roti bakar

-Roti, blueberry, yogurt, telur kuning.

-Yogurt dan telur kuning digaul sekata.

-Lenyek bahagian tengah roti.

-Tuang bancuhan tadi.

-Susun blueberry.

-Set suhu 180’C, 15 minit.

5. ROTI TELUR UDANG

-Udang, telur, roti, susu, timun.

-Telur, susu, garam

-Masak udang guna sedikit minyak.

-Buat telur dadar dengan sedikit minyak.

-Susun timun dengan potongan memanjang.

-Susun telur dan udang, kemudian letak sos jika suka.

6.ROTI SOSEJ CHEESE

resepi roti bakar

-Roti, sosej dan bawang, cheese parut.

-Ratakan mayo dan sos tomato.

-Tabur sedikit cheese.

-Susun sosej.

-Tabur daun bawang, cheese dan mayo.

-Bakar suhu 180’c selama 15 minit.

Selamat mencuba!

Sumber : Linda Safar

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×