Dapur

Resepi Sup Cendawan Berkrim Viral Ala Perancis, Memang Pekat & Lemak!

52
SHARES
resepi mushroom soup

Sup cendawan berkrim merupakan antara juadah sampingan yang menjadi kegilaan ramai apabila berkunjung ke restoran makanan Barat. Dihidangkan pula bersama roti bawang putih atau garlic bread, sudah pasti juadah ini bukan sahaja menjadi kegemaran orang dewasa malah kanak-kanak juga. Namun, seperti biasa ada juga kedai yang menyediakan sup cendawan ini tidak di skala yang kita inginkan. Ada yang masin dan ada juga yang supnya cair.

Oleh itu, jom kita cuba resepi sup cendawan ala Perancis ini yang ‘confirm’ pekat dan elok sahaja kejadian apabila dicicah bersama roti. Tak sedar rupanya dah 3 mangkuk kita hirup sup cendawan ini!

Baca juga: Resepi Viral Ikan Sambal Thai, Sepinggan Nasi Tak Cukup!

RESEPI SUP CENDAWAN BERKRIM ALA PERANCIS, MEMANG PEKAT

Jika mengingatkan sup cendawan berkrim jenama Campbell yang popular maka kita bermula dari Amerika Syarikat.
Tetapi, syarikat Campbell mengambil daripada asas sos bechamel dari Perancis yang direka oleh Chef Marquis Louis de Béchamiel de Nointel. Daripada nama beliaulah yang setelah beberapa lama hilang huruf ‘i’ lalu jadi bechamel sahaja.

Chef Béchamiel pula diinspirasikan oleh tukang-tukang masak Catherine de Medicis yang membawa salsa colla (gam) dari Tuscany, Itali. Salsa colla dipanggil begitu kerana sos ini digunakan untuk ‘mengikat’/ ‘memegang’ bahan-bahan dalam satu hidangan.

Dahulu saya berniaga sup cendawan berkrim. Macam-macam bahan dan macam-macam kaedah saya cuba. Ada saya kongsi resipi dengan seorang guru dan beliau berikan komen yang membantu saya merombak lagi resipi.

1.Bahan utama

½ tin 450 g cendawan butang
6 ulas bawang putih

Boleh guna cendawan butang segar atau campuran cendawan lain yang disukai. Saya elakkan mengguna cendawan shitake kerana rasanya yang terlalu kuat dan profil rasanya lebih Jepun berbanding dengan Amerika. Namun jika mahu guna cendawan shitake, tidak ada salahnya.

2.Panaskan 2 sudu makan marjerin/mentega.

3.Tumis cendawan dan bawang putih.

Gunakan api perlahan dan biarkan sehingga cendawan ‘meletit’/ ‘meletup’ kecil (popping). Saya dapati dengan cara ini rasanya kurang ‘plastik’ dan lebih asli

4.Sehingga keemasan begini memadai. Jika terlalu garing, warna sup akan jadi lebih gelap.

5.Masukkan dalam pengisar (blender)

6.Tambah 2 – 3 sudu makan krim putar (bukan yang manis ya!). Jika banyak sangat rasanya sedikit muak.

Krim saya berketul di sini kerana saya simpan dalam tempat sejuk beku (frozen). Jika tiada krim, boleh guna susu segar, susu tepung atau susu sejat.

7.Tambahkan serbuk stok ayam (jika mahu), serbuk lada hitam dan garam.

8.Tambah secawan air

9.Kisar sehingga halus

10.Tuang semula ke dalam kuali/periuk gorengan tadi yang masih berbekas dengan marjerin/mentega.

Panaskan atas api perlahan

11.Tambah Italian herbs atau oregano.

12.Jika mahu lebih pekat, tambah bancuhan 2 sudu teh tepung jagung dan ¼ cawan air.

13.Pada saya, apabila kepekatan boleh menyalut sudip begini sudah cukup.

Matikan api, sup cendawan berkrim siap.

Sumber: Siti Hazneza Abdul Hamid

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×