Dapur

Resepi Churros Bulat-Bulat Comel, Cicah Sos Coklat Pekat Homemade!

34
SHARES
RESEPI CHURROS

Biasanya, churros akan dijual bentuk jejari panjang namun tidak salah jika ingin sedikit kelainan seperti dilakukan oleh pengguna Facebook bernama Shima Bakar. Jelasnya, resepi churros kali ini adalah bebola comel dan ia lebih rangup berbanding biasa.

Lebih nikmat lagi jika dimakan bersama sos coklat yang pekat dan likat. Anda boleh cuba membuat sendiri di rumah seperti perkongsian di bawah ini.

Baca juga: Cara Buat Udang Rice Paper Terlajak Viral, Sekali Cuba Pasti Teringat!

RESEPI CHURROS BULAT-BULAT COMEL, SEDAPNYA

RESEPI CHURROS

Bahan-bahan:

  • 200g tepung gandum
  • 400g air
  • 35g butter Anchor
  • 2 biji telur
  • 1 1/2 sudu besar gula
  • 3/4 sudu kecil garam

Cara penyediaan:

1. Dalam kuali, satukan air, butter, garam dan gula. Masak hingga mendidih.

2. Kecilkan api, masukkan tepung dan gaul hingga menjadi doh yang sebati.

3. Alihkan doh ke dalam bekas , masukkan 2 biji telur dan kacau hingga sebati.

4. Dah sebati, masukkan dalam piping bag. Guna Nozzle 9 F untuk hasilkan bentuk bebola.

5. Jika nak guna nozzle lain pun boleh. Jika nozzle kecil, churros akan jadi memanjang tapi rangup.

6. Jika nozzle besar, churros akan jadi montok, rangup diluar, lembut berongga di dalam.

7. Guna api sederhana, biarkan sehingga  minyak panas. Kemudian, paipkan adunan sepanjang 1 inci dan potong dengan gunting.

8. Buat sampai penuh kuali. Pastikan minyak tidak terlalu panas ketika mula paip supaya churros tidak terlalu masak di bahagian luar. Churros juga akan “pecah” jika suhu awal terlalu panas.

9. Goreng hingga kuning keemasan. Toskan dan angkat.

Bahan sos coklat likat:

  • 300g susu cair
  • 3 sudu besar gula
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 2 sudu kecil tepung jagung
  • 80g milk choc Beryls (dark pun boleh)

Cara penyediaan sos coklat:

– Satukan susu cair, serbuk koko, tepung jagung & gula (kecuali coklat)

– Nyalakan api. Guna api sederhana. Kacau hingga sebati, pekat & meletup.

– Masukkan coklat, kacau hingga coklat cair dan sebati. Padam api. Sejukkan.

Churros bulat comel sedia untuk dihidangkan bersama coklat likat dan pekat.

Selamat mencuba!

Baca juga: Resepi Puding Coklat Batik Berlemak, Nampak Sama Tapi Beza Cara Buat!

Sumber: Facebook Shima Bakar 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×