Dapur

Jom Buat Kuih Jejari Manis! Resepi Minum Petang Paling Mudah, Cepat & Lazat

4.1K
SHARES

Biasa balik kerja atau petang-petang mesti mulalah rasa nak mengunyah. Kalau ada warung goreng pisang on the way balik, boleh juga singgah. Tapi kadang-kadang balik lewat semua kuih-muih habis, penjual pun dah balik.

Yang duduk di rumah pun samalah. Kadang tu tengok stok barang dapur makin berkurang dan tak ada idea nak masak apa.

Jom rajinkan diri masuk dapur buat kuih jejari manis yang dikongsikan oleh Cik Puan Farah ini. Jangan risau, cuma 4 bahan saja.

Caranya sangat simple, sukatannya pun guna cawan. Nampak pun sedap!

Ready?

Ini resepinya.

Cara Buat Kuih Jejari Manis. Resepi Minum Petang Paling Mudah, Cepat & Lazat

Bahan-bahan

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan air panas (lebihkan sedikit)
  • 1 sudu gula
  • Secubit garam / secukup rasa

Cara Penyediaan

1. Gaulkan Tepung Dengan Air Panas

Mula-mula, gaulkan 1 cawan tepung gandum bersama air panas 1 cawan.

2. Tambahkan Gula & Garam

Setelah sebati, masukan gula 1 sudu dan garam secubit.

3. Gaul Hingga Menjadi Doh

Kemudian, gaul lagi hingga menjadi doh.

TIPS: Untuk elak doh melekat di tangan, boleh tambah sesudu marjerin. Saya guna jenama pelangi, insyaallah kuih tu bau wangi sangat, dan bila gigit lembut dan semerbak.

4. Bentukkan

Seterusnya kita bolehlah bentukkan ikut keselesaan masing-masing. Nak bentuk bujur, bulat atau bersegi.

Masa nak bentukkan, jangan lupa sapu tangan dengan sedikit tepung.

5. Goreng

Bila dah siap bentukkan, dah bolehlah goreng macam biasa.

Goreng api jangan terlalu besar ya.

6. Salut Gula

Lepas dah siap goreng, tak kisahlah nak salut gula atau makan kosong tu pun sedap, gebu!

Cara buat air gulanya mudah saja.

Panaskan air agak-agak 4 sudu dalam kuali. Kemudian masukkan gula 2 sudu. Bila gula dah cair dan pekat, gaul bersama kuih tadi. Siap sedia untuk di hidang.

Wah, Kejap Je Dah Siap!

Mudah kan?

Beginilah hasilnya….

resepi minum petang

Nak share silakan. Selamat menjamu selera.

Lepas ni tak payah pening nak fikir menu minum petang lagi. Walaupun ada bahan yang terhad, tetap boleh buat kuih ni di rumah. Sangat mudah, pantas dan sedap. Makan sambil minum teh atau kopi memang layan!

 

*Resepi kuih jejari manis ini dikongsikan oleh Cik Puan Farah menerusi Facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN). Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran. Rujuk posting asal untuk sebarang pertanyaan lanjut mengenai resepi di SINI.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×