Dapur

Cuma Guna Tepung Gandum & Gula, Ini Cara Buat Cucur Manis Stick Ala Churros. Sedap!

134.7K
SHARES

Wah, nampak macam sedap je cucur manis ni kan? Rupanya nak buat tu mudah sangat.

Paling tak sangka, cuma guna tepung gandum je sebagai bahan utama tau. Bahan sampingannya pula cuma gula, garam dan minyak masak. Serius! Tak pakai telur, tak pakai baking soda semua tu.

Bila makan tu memang gebu di dalam, rangup di luar. Fuh, kejap je licin.

Menarik kan?

Jom tengok resepi cucur manis stick ala churros yang dikongsikan oleh E-mah Najmah ini.

Resepi Cucur Manis Stick Ala Churros. Simple Sangat Tapi Confirm Sedap!

Petang-petang macam ni bila tiba-tiba anak kata dia lapar, mak laju ke dapur selongkar barang.

Tengok-tengok yang ada cuma tepung gandum je. Bukan main ligat kepala mak fikir nak masak apa. Maka terjadilah…

Cucur manis sticks!

Buat bentuk sticks ni senang, cucur tak akan jadi herot petot. Taklah malu sangat nak bagi laki makan.

Anak-anak pulak rasa macam churros katanya… Hehe. Laju habis dik. Sedap makan petang-petang ni, lagi-lagi kalau hujan. Perghh layannn!

Di sini saya kongsikan resepinya.

Bahan-bahan

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan air
  • 3-4 sudu besar gula
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu kecil garam

Cara-cara

1. Masak Air Gula

Mula-mula, didihkan air dan masukkan gula, garam dan minyak masak.

Tunggu sampai gula dan semua bahan tu larut. Bila dah mendidih tutup api.

Resepi cucur manis

2. Tuang Air Gula Ke Dalam Tepung

Kemudian, masukkan tepung gandum tadi dalam bekas yang sesuai.

Saya guna tepung gandum cap Ros setakat ni memang terbaik kejadiannya. Kadang-kadang jenis lain dia jadi lembik sikit.

Ok lepas tu tuangkan air gula yang kita masak tadi ke dalam tepung. (Tuang masa panas-panas tau)

3. Gaulkan

Gaulkan bagi rata guna sudu / senduk sebab masa ni dia panas lagi.

Lepas tu tunggu suam sikit baru kita uli-uli guna tangan bagi rata dengan air gula tadi dan bentukkan doh.

4. Bentukkan Doh

Begini rupanya bila jadi doh.

Sepatutnya doh ni dah tak melekat dekat tangan ye.

Resepi cucur manis

5. Bentukkan Sticks

Seterusnya bolehlah bentukkan panjang-panjang jadi sticks macam ni.

Ikutlah nak panjang dan besar mana boleh agak-agak.

6. Goreng

Akhir sekali panaskan minyak dan goreng macam biasa.

Guna api sederhana.

Balik-balikkan dan goreng sampai perang.

Siap!

Dah siap dah… Macam nilah rupa cucur manis sticks ni.

 

Tengok isi dalamnya. Memang lembut je dekat dalam. Rangup di luar. Makan pulak masa panas-panas… Fuh!

Resepi cucur manis

Makan kosong macam tu lawan dengan kopi atau teh pun dah sedap.

Tapi ikutlah citarasa masing-masing nak makan dengan apa. Sos coklat ke, nak tabur cinnamon powder ke. Saya cicah sos Thai pun sedap. Hehe.

Simple sangat kan? Bila-bila pun boleh buat.

Guna tepung gandum je pun. Mesti kejap je dah licin.

Selamat mencuba!

*Resepi cucur manis stick ala churros ini dikongsikan oleh E-mah Najmah menerusi Facebook. Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran. Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan resepi ini, boleh rujuk post asal beliau di SINI.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×