Famili

Risau Hantu Gigit Sampai Badan Lebam? Rupanya Ada Sebab Lain Yang Tersembunyi Dari Sudut Sains!

29
SHARES
badan lebam

Pernah tak rasa hairan terhadap kesan-kesan lebam pada badan anda? Nak cakap berlaku kecederaan, tak mungkinlah! Pasti anda sendiri ingat jika ada terjatuh atau terlanggar sesuatu. Jadi, dari mana datangnya badan lebam ini?

Ada juga yang cakap berpunca dari hantu. Hantu gigit? Takkanlah hantu sanggup gigit orang ramai pada suatu tempoh masa yang sama? Sampai satu tahap, anda membandingkan lebam badan dengan orang lain hanya untuk menganalisa bentuknya.

Jadi, apa kebenaran di sebaliknya? Apa punca lebam di badan ini muncul secara tiba-tiba. Tak ada angin, tak ada ribut, tiba-tiba keunguan di sesetengah bahagian badan anda. Jom ikuti penulis merungkaikan persoalan badan lembam ini dari segi saintifik!

Baca juga: Tidur Asyik Tak Cukup, Muka Dah Macam Zombie.. Rupanya Anda Ada Tanda Insomnia!

Lebam atau kemunculan ruam terjadi kerana pecahnya saluran darah kecil pada satu bahagian badan seperti lengan, peha atau punggung. Dalam istilah saintifiknya, lebam ini dikenali sebagai purpura simplex.

Namun, situasi apabila seseorang itu mudah lebam tanpa sebarang sebab jelas perlu diberi perhatian.  Ini kerana terdapat beberapa penyakit kronik dengan simptom seperti lebam, terutama jika anda menghadapi lebam ini bersama dengan pelbagai penyakit lain.

5 PENYAKIT DATANG DARIPADA  LEBAM BADAN YANG MUNCUL SECARA TIBA-TIBA

badan lebam

1. Hemofilia

Penyakit yang berpunca daripada lebam pada kulit secara tiba-tiba adalah hemofilia. Hemofilia adalah kekurangan protein tertentu yang badan perlukan mengakibatkan darah sukar membeku.

Tahap serius penyakit ini pada setiap pesakit adalah tidak sama dirasai kerana sesetengah mengalami lebam tanpa sebab manakala yang lain akan berlaku lebam badan jika terkena sesuatu.

Untuk pengetahuan, hemofilia tergolong dalam kategori penyakit yang jarang boleh mengakibatkan kematian di Indonesia.

badan lebam

2Dermatitis purpura

Penyakit ini berpunca apabila darah meresap keluar dari kapilari telah menyebabkan gangguan berlaku pada saluran darah. Penyakit ini sering berlaku kepada warga emas.

Simptom awal yang kerap berlaku adalah seperti lebam berwarna ungu kemerah-merahan pada permukaan kulit, tepatnya pada tulang kering.

Untuk sesetengah orang, lebam ini muncul bersama dengan gatal-gatal sedikit yang menjengkelkan.

badan lebam

3. Diabetes tahap 2

Diabetes tahap 2 juga merupakan penyakit lain yang bermula daripada kulit lebam. Penyakit ini terjadi disebabkan oleh paras gula yang berlebihan dalam darah.

Selalunya, doktor akan memberikan suntikan insulin untuk mengawal paras gula dalam darah badan pesakit.

Antara simptom yang kerap berlaku kepada orang yang mempunyai ketahanan insulin adalah munculnya lebam pada badan. Hal ini adalah berpunca daripada saluran darah yang rosak di beberapa bahagian badan.

Namun begitu, lebam pada badan pesakit diabetes cenderung lebih payah untuk sembuh, maka adalah satu kebiasaaan untuk mereka mempunyai banyak lebam di badan.

4.Leukemia

Simptom yang paling biasa untuk penghidap leukemia adalah penampakan lebam pada badan. Contohnya, di bahagian belakang.

Ini berpunca daripada kekurangan platelet darah dalam badan penghidap leukemia yang berfungsi untuk menukar darah cecair menjadi beku.

Oleh itu, penghidap leukemia akan terdedah kepada lebam dan pendarahan disebabkan oleh keadaan darah yang cair ini.

Penghidap leukemia perlulah dirawat segera memandangkan ia adalah satu penyakit yang mempunyai risiko tinggi untuk kematian.

5. Kekurangan platelet darah

Masalah kesihatan yang disebabkan oleh kekurangan penyimpanan darah dalam badan turut dikenali sebagai thrombocytopenia.

Badan yang sihat mampu menampung sebanyak 150,000 hingga 450,000 platelet atau platelet darah.

Thrombocytopenia muncul berpunca dari pelbagai perkara iaitu bermula dari leukemia, kehamilan, kemoterapi, pengambilan alkohol yang berlebihan, jangkitan virus dan anemia.

Gejala yang kerap muncul ialah penampakan lebam disebabkan oleh keadaan darah yang terlalu cair mengalir dari kapilari.

Berikut merupakan keadaan kesihatan yang berpunca dari lebam badan yang muncul secara tiba-tiba pada kulit. Ternyata kini terbukti bahawa badan lebam adalah bukan berpunca daripada hantu. Dah tak pasal-pasal hantu dapat salah!

Oleh itu, jika anda kerap mengalami badan lebam tanpa sebab, buatlah pemeriksaan kesihatan di hospital berdekatan untuk elak dari perkara yang serius.

Semoga Bermanfaat!

Sumber: Mstar

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×