Sihat

Jangan Abai Jika Tangan Kerap Basah Akibat Peluh Berlebihan, Mungkin Anda Ada Penyakit Ini!

17
SHARES
peluh berlebihan

Peluh adalah keadaan normal buat semua orang. Tapi, pernah tak anda berpeluh sehinggakan tangan asyik kerap basah seperti tiada penghujungnya? Sebenarnya, jika mengalami masalah peluh berlebihan, ini bermaksud anda mempunyai penyakit.

Ini kerana jika anda masih berpeluh walaupun berada dalam tempat sejuk seperti penghawa dingin, bermaksud ada sesuatu yang tidak kena pada diri. Jika tisu atau sapu tangan merupakan rakan baik yang tidak boleh berpisah akibat peluh berlebihan, mungkin anda merupakan salah seorang penghidap penyakit ini!

Baca juga: Nampak Macam Biasa Badan Sejuk Tapi Berpeluh, Rupanya Bahaya, Ini Puncanya!

PELUH BERLEBIHAN BUKAN NORMAL TAPI IANYA SATU PENYAKIT

peluh berlebihan

Untuk pengetahuan, masalah peluh berlebihan sebenarnya merupakan satu penyakit yang dikenali sebagai hiperhidrosis. Kebanyakan penghidap penyakit ini berumur awal 20an hingga lewat usia 30an. Malah, kebanyakan pesakit hiperhidrosis ini dapat daripada ibu bapa mereka. Ini menunjukkan kadar peratusan diwarisi penyakit ini adalah 20 hingga 30 peratus.

Kalau nak tahu, masalah hiperhidrosis ini kebanyakannya berlaku pada bahagian tapak tangan, tapak kaki dan ketiak.

PUNCA PENYAKIT PELUH BERLEBIHAN ATAU HIPERHIDROSIS

peluh berlebihan

Menurut Dr Muhammad Ishamuddin Ismail, Ketua Pusat Jantung dan Paru-Paru HCTM, terdapat dua punca hiperhidrosis, primer dan sekunder. Namun, punca primer tidak dipastikan secara spesifik penyebab penyakit berkenaan.

Punca sekunder penyakit ini adalah masalah peluh berlebihan yang terjadi kerana penyakit kencing manis, ubat-ubatan, hipertoid dan keresahan.

Tambahan, golongan yang berisiko mempunyai penyakit ini adalah mereka yang mempunyai sejarah keluarga menghidapi hiperhidrosis dan dalam lingkungan usia muda. Ini kerana mereka juga menerima pesakit semuda 12 tahun.

CARA MERAWAT PENYAKIT PELUH BERLEBIHAN ATAU HIPERHIDROSIS

peluh berlebihan

Kebiasaannya masalah ini akan reda apabila usia meningkat namun ramai pesakit hiperhidrosis memulakan rawatan awal seperti memakai bedak sejuk, ubat-ubatan dan suntikan botoks. Namun, disebabkan rawatan ini tidak berjaya dan bersifat sementara, ia membuatkan pesakit memilih kaedah yang lebih efektik seperti pembedahan simpatektomi torasik.

Kalau nak tahu, tahap penyembuhan jika pesakit melakukan pembedahan ini adalah 99 peratus. Malah, komplikasi kaedah ini juga sangat rendah seperti peluh berlebihan akan berpindah ke kawasan lain seperti paha dan bahagian belakang badan. Maka, disebabkan itu, ramai yang lebih memilih untuk menjalani pembedahan ini.

Teknik yang digunakan dalam pembedahan adalah ‘video assisted thoracoscopic surgery’ (VATS) di mana ia membabitkan luka lubang kunci (‘key hole surgery’) yang kecil. Melalui prosedur ini, saraf yang mengawal kelenjar peluh pada aras torasik tertentu akan dimusnahkan dengan cara dipotong, dibakar atau dikepit.

KESAN MASALAH PELUH BELEBIHAN

Penyakit ini tidaklah berbahaya memandangkan ia tidak melibatkan kematian namun ia menjejaskan kualiti hidup pesakit. Ini kerana, aktiviti seharian pesakit akan sering terganggu. Bayangkan bagaimana nak menulis jika sukar memegang pen dengan tangan licin dan kertas yang basah akibat peluh berlebihan?

Selain itu, ia juga menjejaskan emosi pesakit. Hal ini kerana, penghidap hiperhidrosis ini akan malu untuk berjabat tangan dengan orang lain kerana bimbang mereka akan dipandang serong. Secara tidak langsung, situasi ini dapat menurunkan keyakinan diri pesakit.

Oleh itu, jika anda mempunyai simptom yang sama seperti peluh berlebihan hingga sukar dikawal, pergilah ke pusat perubatan untuk mendapatkan nasihat dan rawatan daripada pakar.

Sumber: Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×