Sihat

Filipina Sahkan Kes Polio Pertama Selepas 19 Tahun ‘Pupus’. 5 Perkara Rakyat Malaysia Kena ‘Alert’

232
SHARES

Negara jiran kita, Filipina telah melaporkan kes polio yang pertama sejak negara tersebut diumumkan bebas daripada penyakit itu 19 tahun lalu.

Berikut adalah beberapa perkara yang kita perlu alert.

5 Perkara Rakyat Malaysia Perlu ‘Alert’ Tentang Kes Polio Di Filipina

1. Kes Melibatkan Kanak-kanak Berusia 3 Tahun

Sebuah kes polio yang telah disahkan melibatkan kanak-kanak berusia 3 tahun dari Lanaou del Sur, sebuah kepulauan di daerah Mindanao, sementara satu lagi kes yang masih dalam siasatan.

WHO turut menyatakan kebimbangan terhadap kemunculan semula penyakit ini setelah ia diperangi habis-habisan melalui pengenalan vaksin polio sekitar tahun 1950an dahulu.

2. Apakah Polio?

Menurut Dr Amirul Amzar, Polio atau nama panjangnya Poliomyelitis adalah satu penyakit jangkitan virus Poliovirus.

Ia akan menyerang saraf penghidap dan berpotensi menyebabkan kelumpuhan. Ia juga boleh melumpuhkan saraf yang mengawal pernafasan dan menyebabkan kematian.

3. Polio Boleh Merebak Dengan Pantas

Menurut WHO, tiada penawar polio yang diketahui setakat ini dan penyakit ini boleh merebak dengan pantas. Ia hanya boleh dielakkan melalui imunisasi.

Selepas pengenalan vaksin polio pada 1950an, dunia menyaksikan penurunan kes polio secara mendadak. Sebelum pengenalan vaksin ini, ribuan manusia di US mati akibat jangkitan virus ini.

Polio di filipina

Polio di filipina

Foto Kredit: World’s Health Organization (WHO)

4. Punca Penyakit Polio Muncul Kembali Setelah Hampir ‘Pupus’

Kepercayaan terhadap vaksin di Filipina dilaporkan menurun akibat kontroversi program vaksin denggi pada tahun 2017.

Dalam program tersebut, lebih 800,000 vaksin Dengxavia telah diagihkan kepada para pelajar dalam program imunisasi kerajaan mereka, dan Filipina muncul sebagai negara pertama yang menggunakannya secara meluas.

Walaubagaimanapun, ia ditarik balik selepas pengeluarnya mengumumkan bahawa vaksin buatannya itu mungkin menyebabkan gejala lebih teruk kepada individu yang tidak pernah dijangkiti sebelum ini.

Sedikit sebanyak hal ini mungkin menyumbang kepada ketakutan rakyat di sana untuk mengambil vaksin-vaksin lain, termasuk vaksin yang amat penting dan telah digunakan sekian lama seperti polio.

Ekoran itu, Filipina juga pernah mengalamimeasles outbreak yang terburuk di mana lebih 20,000 kes measles atau cacar air telah direkodkan pada tahun 2019 di mana kebanyakan kes adalah kanak-kanak. Ia dipercayai berlaku akibat ibu bapa yang tidak percaya terhadap keberkesanan vaksin dan tidak mahu memvaksinkan anak mereka.

Menurut Dr Amirul Amzar lagi, kini hanya negara-negara yang bergolak masih berdepan dengan wabak polio. Antaranya, Afghanistan, Pakistan dan Nigeria. Punca utamanya adalah perperangan dalam negara yang menyukarkan vaksinasi disalurkan. Tapi sekarang ini, Filipina dah dicemari kuman ini semula.

5. Vaksin Polio Di Malaysia

Di Malaysia, bagi mencegah polio, vaksin IPV diberi melalui Program Imunisasi Kebangsaan kepada kanak-kanak berusia 2 bulan, diikuti dos seterusnya pada 3, 5 dan 18 bulan.

Dengan melengkapkan kesemua suntikan ini memberikan perlindungan dari jangkitan polio ini sebanyak 99% ke 100%.

Jangan risau, vaksin terhadap polio yang KKM gunakan ini adalah selamat dan berkesan.

Jangan Lupa Dapatkan Imunisasi

Maka, ibu ayah diharap lengkapkanlah imunisasi anak-anak ya. Jangan terpengaruh dengan golongan anti-vaksin kerana dakwaan yang mengaitkan vaksin ini dengan autisme atau masalah lain adalah mitos dan tidak bersandarkan kajian kukuh.

Selain imunisasi, amat penting seseorang mengamalkan kebersihan, meminum air dari sumber bersih serta memasak makanan dengan betul bagi mengelakkan polio.

 

*Sumber: CNN, WHO, Dr Amirul Amzar via Medical Mythbuster Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×